Analysis

Lima cara FAM mampu mantapkan lagi NFDP

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mengemudi Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) perlu bekerjasama untuk menambah kelompok pemain berkualiti di peringkat akar umbi.

We are part of The Trust Project What is it?

Pucuk pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di bawah Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini pernah menyuarakan hasrat persatuan itu untuk mengemudi Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Meskipun masih diperingkat cadangan, ia turut disambut baik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk FAM memainkan peranan utama dalam mengendalikan NFDP.

Selaku badan induk bola sepak negara, sudah pasti ia adalah pendekatan yang tepat dalam usaha kita menambah kelompok pemain berkualiti di peringkat akar umbi.

Berikut adalah lima cadangan yang bolh dipertimbangkan FAM dalam usaha untuk memperkasakan lagi NFDP.

Pembabitan ahli gabungan negeri

Selaku badan induk, sudah pasti FAM berupaya memastikan setiap ahli gabungannya akan turut memainkan peranan dalam NFDP.

Setiap persatuan negeri kini, tidak boleh hanya tertumpu kepada pembentukan skuad utama untuk saingan pertandingan Liga M.

Mereka kini perlu juga memantau, menyelia dan mentadbir dengan baik setiap Pusat Latihan Daerah di negeri masing-masing.

Selain memastikan, pemain-pemain muda terbaik di setiap derah akan ditempatkan di Pusat Latihan Negeri.

Komitmen setiap persatuan negeri itu penting, bagi memastikan NFDP dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), sudah pasti berupaya membantu FAM dalam menghasilkan jurulatih di NFDP.

Pembentukan jurulatih muda berkualiti

Ketika NFDP dilancarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kerajaan terdahulu, program ini turut bertujuan menghasilkan jurulatih.

Kini, dengan FAM bakal mengambil alih teraju NFDP aspek penghasilan jurulatih wajar diberi tumpuan.

Selaku badan induk bola sepak negara, sudah pasti FAM boleh memperluaskan lagi penghasilan jurulatih berkualiti.

Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), sudah pasti berupaya membantu FAM dalam menghasilkan jurulatih di NFDP.