Stories

Lima jurulatih yang mampu menggantikan Ulisses Morais di JDT

Pengunduran mengejut Ulisses Morais dari Johor Darul Ta'zim (JDT) memaksa juara Malaysia itu mencari pengendali baru. Raul  Longhi dinamakan sebagai pemangku ketua jurulatih dan kelab ini dijangka mengekalkan polisi pengambilan jurulatih import. FourFourTwo mengkaji beberapa pilihan buat Harimau Selatan.

We are part of The Trust Project What is it?

JOSEP GOMBAU

Minat pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pengendali Sepanyol ini bukan lagi rahsia.

Sejurus menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac 2017, Tunku Ismail secara spontan menyuarakan minat terhadap Gombau ketika badan induk itu mencari jurulatih kebangsaan yang baru.

Namun, usaha mendapatkan Gombau terbatas kerana dia masih terikat dengan Skuad Bawah 23 Tahun Australia ketika itu.

Gombau meninggalkan skuad Olyroos untuk menyertai Western Sydney Wanderers pada November 2017 namun,khidmatnya hanya bertahan empat bulan dengan kelab itu hanya merakam lima kemenangan daripada 14 perlawanan.

Namun, Gombau memiliki profil yang sesuai dengan pendekatan serta minat Tunku Ismail terhadap bola sepak Sepanyol memandangkan dia adalah bekas jurulatih skuad remaja Barcelona yang mampu membawa jenama bila sepak kelab itu ke JDT.

Dia meninggalkan Barcelona untuk ke Asia apabila menyertai Kitchee pada 2009, memenangi beberapa trofi di sana sebelum menghabiskan dua musim (2013-2015) dengan kelab Liga A, Adelaide United.

Tunku Ismail boleh mendapatkan bantuan rakan-rakan baginda dan bekas Presiden Barcelona Joan Laporta untuk mendapatkan Gombau memandangkan dia berada di Barcelona ketika jurulatih itu melatih skuad remaja.

Pages