Analysis

Lima perkara yang harus dipertimbangkan Tan Cheng Hoe selepas aksi dengan Kemboja

Cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan Cheng Hoe dalam usaha membentuk barisan ampuh ke saingan AFF November ini.

We are part of The Trust Project What is it?

Meskipun mengatasi Kemboja 3-1 dalam aksi persahabatan 10 September lalu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Berikut adalah lima cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan Cheng Hoe dalam usaha membentuk barisan ampuh ke saingan AFF November ini.

Shahrel Fikri bukti kemampuan

Sebelum ini, kami sudah pun mencadangkan Shahrel berada dalam kesebelasan utama pasukan selepas kekalahan kepada Taiwan.

Jadi ia memang mengejutkan, apabila Cheng Hoe tidak memilih untuk menggunakan Shahrel dalam kesebelasan utama.

Kemasukannya Shahrel di babak kedua mengubak corak permainan skuad negara dan dia turut terbabit dengan gerakan dua gol negara sebelum menjaringkan gol ketiga pasukan.

Shahrel membuktikan, beraksi di Liga Thai sudah berjaya mematangkan lagi permainannya dengan skuad negara.

Kemampuan beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang utama adalah kelebihan Shahrel.