Analysis

Lima perkara yang tidak mengikut perancangan berdepan Chinese Taipei

Keputusan positif yang diharapkan ketika aksi persahabatan antarabangsa dengan Chinese Taipeh tidak menjadi kenyataan selepas Harimau Malaya tumbang 2-0 pada 7 September lalu.

We are part of The Trust Project What is it?

Berikut adalah lima perkara yang tidak menjadi ketika pertemuan itu.

Shahrel Fikri Md Fauzi perlu diberi peluang dalam kesebelasan utama

Penyerang kelab Thailand Nakhon Ratchasima, Shahrel Fikri Md Fauzi sehausnya diberi peluang dalam kesebelasan utama dengan ketiadaan Shafiq Ahmad, Safawi Rasid dan Norshahrul Idlan Talaha yang menarik diri.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe hanya menurunkan Shahrel pada pertengahan babak kedua dan tidak banyak yang boleh dilakukannya dengan kedudukan sudah ketinggalan 2-0 ketika itu.

Di Thailand, Shahrel bukan saja neraksi sebagai penyerang tetapi kerap juga sebagai pemain tengah menyerang serta sayap kanan dan kiri pasukannya.

Kerana itu, Shahrel boleh diturunkan dalam kesebelasan utama berdepan Chinese Taipeh.

Dengan sudah melalui lebih tujuh perlawanan di Liga Thailand, sudah pasti Shahrel lebih bersedia untuk tugasan antatabangsa kali ini.

Pages