Analysis

Lima sebab FAM wajar menggunakan lebih banyak pemain naturalisasi

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Presidennya, Dato’ Haji Hamidin telah memberikan bayangan akan menggunakan lebih banyak pemain naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya.

We are part of The Trust Project What is it?

Perkara ini mendapat sokongan dan juga kritikan daripada majoriti penyokong bola sepak Malaysia amnya. Kami disini ingin mengetengahkan lima sebab mengapa FAM wajar menggunakan lebih banyak pemain naturalisasi.

1. Sebagai salah satu solusi jangka masa pendek

Penggunaan pemain naturalisasi bagi menyarung jersi Harimau Malaya adalah satu solusi yang dapat diketengahkan dalam jangka masa pendek. Ini kerana, majoriti pemain naturalisasi mempunyai kualiti permainan yang lebih baik berbanding pemain tempatan. Pada masa yang sama, dalam keadaan ranking negara yang masih tidak membanggakan, pemain-pemain naturalisasi mampu membantu Harimau Malaya sedikit sebanyak untuk memperbaiki ranking sedia ada ini dengan kualiti yang mereka ada.

2. Kelebihan fizikal dan juga tahap kecergasan

Perkara ini juga memberikan perbezaan antara pemain-pemain naturalisasi dan tempatan. Kita dapat lihat fizikal pemain dari eropah dan juga afrika yang melebihi pemain tempatan. Tambahan pula, tahap kecergasan mereka juga berada pada tahap yang boleh diharapkan untuk beraksi dengan baik. Kedua-dua perkara ini merupakan perkara yang penting supaya segala arahan dan taktikal yang diberikan oleh jurulatih dapat dijayakan untuk menewaskan pihak lawan.

3. Persaingan sihat buat pemain tempatan

Kehadiran pemain naturalisasi sudah pasti akan membuatkan pemain-pemain tempatan lebih tercabar untuk melakukan yang terbaik untuk menarik hati ketua jurulatih. Samada untuk mendapat panggilan ataupun merebut kesebelasan utama dalam skuad kebangsaan, persaingan ini semestinya akan memberikan kelebihan buat bola sepak Malaysia. Hal ini membolehkan ketua jurulatih mempunyai lebih banyak pilihan untuk menurunkan kesebelasan utamanya dan merangka taktikal dan strategi.

4. Perkongsian pengalaman dalam kalangan pemain

Pastinya pemain naturalisasi yang dipilih untuk menyarung jersi kebangsaan adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai kualiti dan juga pengalaman. Tidak mungkin FAM mahupun Tan Cheng Hoe ‘tangkap muat’ sahaja dalam memilih pemain ini. Jika pemain yang berkualiti dan berpengalaman dibawa masuk, pemain tempatan mendapat peluang untuk berkongsi pelbagai perkara semasa mereka berlatih dan bermain bersama. Samada pengalaman mereka sebagai pemain, tunjuk ajar dalam melakukan sebarang tugasan yang diberikan oleh jurulatih dan juga rutin harian mereka sebagai pemain bola sepak professional.

5. Bukan perkara asing dalam dunia bola sepak

Penting untuk penyokong bola sepak tahu adalah pemain naturalisasi bukan sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak. Sebagai contoh, negera jiran, Indonesia dan Singapura menggunakan pendekatan yang sama buat skuad kebangsaan mereka. Diperingkat yang lebih tinggi, Sepanyol sebagai contoh menggunakan Diego Costa bersama La Roja. Malah, ini adalah pertama kali keputusan ini diambil dan adalah lebih baik untuk kita memberikan peluang buat FAM untuk menggunapakai cara ini dan lihat hasilnya.

Kredit Foto: FAM

Topics