Analysis

Lima sebab mengapa Sharel Fikri wajar jadi pilihan utama

Lima faktor mengapa Shahrel Fikri Md Fauzi wajar berada dalam kesebelasan utama negara.

We are part of The Trust Project What is it?

Aksi Shahrel Fikri Md Fauzi ketika Malaysia berdepan Kemboja 10 September lalu, jelas membuatkan pengendali kebangsaan Tan Cheng Hoe kini perlu menimbang kemungkinan meletakan penyerang kelab Liga Satu Thai, Nakhon Ratchasima itu dalam kesebelasan utama di Piala Suzuki AFF November ini.

Berikut adalah lima faktor mengapa Sharel wajar berada dalam kesebelasan utama negara.

Beraksi di Liga SatuThai

Ketika ini Shahrel adalah satu-satunya pemain kebangsaan yang beraksi di luar kancah Liga Super Malaysia (MSL).

Meskipun MSL kini semakin mendapat perhatian dengan kejayaan meraih slot automatik ke Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim depan, Liga Satu Thai masih dianggap saingan liga terbaik rantau Asean.

Tahap permainan dan kematangan Shahrel kini jelas meningkat sejak dia ke Thailand Julai lalu.

Kerana itu, bekas kapten PKNP FC ini wajar berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Meskipun Shahrel tidak mencipta impak sebesar Safee Sali ketika bekas penyerang kebangsaan itu ke Indonesia pada 2011, dia masih memiliki keistimewaan tersendiri berbanding penyerang tempatan lain.

Shahrel tambah variasi serangan

Dalam formasi 4-3-3 yang digunakan Cheng Hoe, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Shafiq Ahmad kerap menjadi pilihan bekas pengendali Kedah itu.

Shafiq kerap menjadi penggempur utama tatkala Safawi dan Akhyar kebiasaannya berfungsi di bahagian sayap.

Namun, Shahrel mampu beraksi di mana-mana posisi serangan dan pada bila-bila masa mampu menggantikan salah seorang daripada tiga penyerang negara itu.

Bersama Nakhon Ratchasima, Shahrel turut beraksi di beberapa posisi berbeza iaitu, penyerang, sayap kanan dan kiri serta penyerang sokongan.

Kehadiran Shahrel juga membolehkan skuad negara tidak terlalu bergantung kepada Safawi dan Akhyar.

Pemain bijak

Setiap penyerang mempunyai keistimewaan tersendiri dan begitu juga dengan Shahrel.

Shahrel adalah seorang pemain yang bijak meskipun mungkin tidak memiliki kemahiran individu yang tinggi seperti sesetengah penyerang.

Dia sentiasa befiri dalam permainan, mana untuk menempatkan dirinya di posisi menjaringgkan gol terbaik dan bila untuk melakukan umpanan atau hantran silang tepat.

Kerana itu pengendali Nakhon Ratchasima, Milos Joksic sentiasa menggunakan Shahrel dalam setiap perlawanan sejak pemain berasal dari Sitiawan itu tiba Julai lalu.

Meskipun tidak semua perlawanan Shahrel berada dalam kesebelasan utama, kelibatnya tetap ditagih selaku pemain gantian yang mampu melakukan impak.

Shahrel pemain yang mempunyai wawasan

Ketika ini terdapat beberapa pasukan MSL yang seakan minat mengambil kelibat Sharel untuk saingan musim depan.

Namun, Shahrel lebih minat untuk kekal semusim lagi di Thailand bagi terus memantapkan permainannya.

Ia menunjukkan pemain ini sedia melakukan pengorbanan untuk membawa permainannya ke aras lebih tinggi.

Kemungkinan jika kekal semusim lagi di Thailand, dia mampu lebih cemerlang musim depan kerana musim ini dia hanya tiba pada pertengahan musim.

Sudah pasti dia akan lebih bersedia menghadapi Liga Satu Thai musim depan jika memulakan persiapan daripada pra musim.

Jika Shahrel meneruskan usaha kerasnya, tidak mustahil dia akan mendapat tawaran daripada kelab Thai lebih besar seperti Buririam atau Mungthong United.

Tidak mustahil juga, kelab dari Liga J dan Liga K pula membuka laluan buatnya ke tahap lebih tinggi selepas ini.

Seorang pemain contoh

Satu lagi sebab mengapa Shahrel perlu dipertimbangkan dalam kesebelasan utama pasukan adalah kerana dia seorang pemain contoh.

Dia mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan turut mempunyai pengaruh positif dalam pasukan.

Jadi tidak mengejutkan mengapa PKNP sedikit bergelut tanpa kelibat Sharel sejak dia berhijrah ke Thailand.

Shahrel juga mempunya jiwa kental dan semangat lawan yang kuat kerana mampu menangani masalah jantung yang dijadapinya untuk bergelar pemain bola sepak profesional yang berjaya.

Shahrel juga mampu menjadi seorang “Role Model” buat pemain lebih muda dalam pasukan dan juga kepada peminat tempatan.