Luar biasa! Pemain-pemain Argentina yang menggegarkan arena bola sepak Malaysia

Argentina telah lama menjadi salah satu kilang pembekal utama pemain bola sepak handal dunia, jadi tidak hairanlah pemain dari pasukan gergasi Amerika Selatan mempunyai pengaruh kuat di Malaysia. Kami mengenal pasti antara 10 yang terbaik…

Berikutan kejayaan Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mengharapkan pemain dari Argentina untuk menggalas cabaran saingan 2017.

Jadi, FourFourTwo memutuskan untuk putar balik masa dan mengenal pasti semula 10 pemain dari negara gila bola, Amerika Selatan yang telah memberi impak di Malaysia.

Diberi gelaran 'the Saint', dia menjaringkan 50 gol dalam kesemua pertandingan untuk musim pertamanya

Pemain kegilaan Amerika Selatan ini telah dibawa masuk ke Liga Super Malaysia (MSL), dengan Argentina dan Brazil tahun ini mendahului dari segi bilangan jumlah. Kedua-duanya mempunyai tujuh pemain di MSL, manakala Brian Ferreira dari JDT dan Juliano Miniero dari Selangor, kedua mereka kini memiliki pasport Asia, namun masingmasing sebenarnya berasal dari Argentina dan Brazil.

Malaysia bukanlah destinasi popular buat pemain dari Argentina sebelum alaf baru, namun ramai yang telah tiba sejak itu. Ada yang berjaya memberi impak, manakala terdapat segelintir - termasuk pemain terkenal dunia, Pablo Aimar - yang sekadar mempamerkan aksi hambar.

Berikut adalah senarai pemain import terbaik yang pernah dilihat bermain di Malaysia. Bagaimanapun, Aimar tidak termasuk, kerana dia hampir tidak meninggalkan apa-apa impak walaupun memiliki resume yang mengagumkan.

Juan Manuel Arostegui

Lama dulu sebelum kemunculan Diaz dan Figueroa yang memarakkan arena bola sepak Malaysia dengan gol-gol mereka, terdapat seorang pemain Argentina yang terlebih dahulu meninggalkan kesan kekal.

Arostegui merupakan sebahagian daripada skuad MPPJ yang telah mengukir nama dalam sejarah bola sepak Malaysia pada awal tahun 2000.

Diberi gelaran 'the Saint', dia menjaringkan 50 gol dalam kesemua pertandingan untuk musim pertamanya buat pasukan MPPJ (yang kini tidak lagi wujud) lantas menjadi pasukan kelab pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia yang sering didominasi oleh pasukan negeri untuk muncul juara Piala Malaysia. Satu pencapaian yang belum lagi boleh ditiru.

Arostegui membawa pulang hatrik ketika menentang Sabah dalam perlawanan akhir untuk menjadikannya lebih menarik.

Arostegui membuka jalan buat rakan senegaranya. Foto: Malaysian Digest

Bekas pemain Boca Juniors ini meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Petaling Jaya pada pertengahan musim berikutnya untuk menyertai Mexico Pachuca II sekadar sekejap sebelum menandatangani kontrak dengan Sportivo Belgrano, membolehkan dia pulang ke tanah air.

Dia kembali pada tahun 2006 untuk menghabiskan musim terakhirBlack Widowsdalam arena bola sepak profesional.

Dia kemudiannya menjalani musim ketiga di Malaysia pada tahun 2014, dengan menandatangani kotrak bersama ATM, tetapi pada masa itu dia sudah berusia 33 tahun dan tidak mampu mendapatkan semula rentak dan kehebatan untuk menjaringkan gol.

Arostegui akhirnya menandatangani kontrak semula dengan Sportivo untuk kali ketiga pada tahun 2015 dan masih lagi mewakili pasukan dari Liga Primera B itu.

Bruno Martelotto

Arostegui mempunyai rakan karib iaitu Martelotto, yang bermain di bahagian tengah, sedikit di belakang rakan senegaranya, dan merupakan salah seorang watak utama yang memainkan peranan penting dalam kejayaan MPPJ menjuarai Piala Malaysia 2003, Piala Sultan Ahmad Shah 2004 dan Juara Liga Premier Malaysia (MPL) 2004.

Pemain tengah ini memastikan MPPJ memenangi sedikit sebanyak pergelutan di tengah padang dan sering memberi bantuan dalam bentukAssistpenting kepada Arostegui.

Martelotto, yang sebenarnya membuat kemunculan pertama di Malaysia untuk pasukan Pulau Pinang, meninggalkan MPPJ pada pertengahan musim 2005 - setahun selepas Arostegui berangkat - untuk menyertai ' the Saint' ke Sportivo di Argentina.

Martelotto mempamerkan kualitinya bersama The Saint

Selepas beberapa siri perpindahan, duo ini mendapati diri mereka bermain bersama sekali lagi namun kali ini di ATM pada tahun 2014, tetapi Martelotto punyai lebih banyak detik-detik bernilai untuk dihargai sepanjang masanya dengan skuad Gladiators.

ATM menandatangani Martelotto pada tahun 2012 setelah mendapat suntingan kewangan yang besar, menyebabkan pemain seperti Marlon Alex James, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Zaquan Adha Abdul Radzak tertarik untuk sertai. ATM memenangi MPL 2012 – dan ia merupakan kejuaraan liga kedua buat Martelotto di Malaysia - membolehkan ATM naik ke Liga Super Malaysia dan turut mendapat gelaran naib juara dalam Piala Malaysia selepas tewas kepada Kelantan.

Kini pada usia 34, Martelotto kembali ke Sportivo, tetapi kali ini diamanahkan menjadi jurulatih buat pasukan beliau.

Pages