Malam yang dikenang: 13 kali pasukan Asia Tenggara mengejutkan pasukan besar Asia

Pasukan dari Asia Tenggara sentiasa dianggap sebagai pasukan bukan pilihan dalam sebarang pertandingan serantau, Namun, mereka sedikit sebanyak telah menunjukkan belang sendiri... 

SCG Muangthong United telah membuktikan keupayaan mereka dan menolak tepi semua kesangsian yang diterima dalam saingan Liga Juara-Juara AFC musim ini, dengan menewaskan pemenang Liga-J dan naib juara Piala Kelab Dunia, Kashima Antlers, dalam satu perlawanan penuh debaran di Supachalasai, berakhir dengan keputusan 2-1

Mereka meneruskan kemaraan, selepas mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Ulsan Hyundai untuk membantu mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dan kukuhkan cengkaman di tempat kedua dalam Kumpulan E.

FourFourTwo membawa anda kembali mengimbau 13 malam yang harus dikenang buat pasukan bola sepak Asia Tenggara tatkala mereka menikmati kemenangan manis di peringkat benua Asia.

1.   BEC-Tero Sasana (Thailand) 2-0 Daejeon Citizen (South Korea), Group Stage, 2002-03

Merupakan edisi pertama Piala Liga Juara-Juara AFC tetapi suasananya sudah begitu terasa istimewa.

Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan mereka, BEC-Tero Sasana menjadi tuan rumah - kesemua enam perlawanan telah berlangsung di Stadium Supachalasai.

Menerusi jaringan Panai Kongprapan dan Terdsak Jaimun, Naga Api mengalahkan pasukan dari Korea Selatan, Daejeon Citizen 2-0. Sejarah telah dicipta. Ia adalah kemenangan pertama kelab Thai dalam ACL.

2.   BEC-Tero Sasana (Thailand) 2-1 Shanghai Shenhua (China), Group Stage, 2002-03

Dua hari selepas menewaskan Daejeon Citizen, BEC-Tero Sasana, terus meraih sokongan padu dari peminat Thai.

Pasukan Thai itu mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Shanghai Shenhua dengan Jatupong Thongsook dan Terdsak Jaimun menyumbang gol setiap seorang. Gol tunggal bagi pasukan pelawat telah dijaringkan oleh pemain antarabangsa Honduras, Saul Martínez.

Kemenangan itu membolehkan Naga Api layak buat pertama kalinya ke peringkat separuh akhir (ketika itu mereka hanya membenarkan satu pasukan masuk), mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan, menewaskan tiga pasukan dari Asia Timur, Daejeon Citizen (Korea Selatan), Shanghai Shenhua (China) dan Kashima Antlers (Jepun).

3.   BEC-Tero Sasana (Thailand) 1-0 Al Ain (UAE), Semi-Final 2002-03

BEC-Tero Sasana mara hingga ke peringkat final namun Al Ain terbukti pasukan yang lebih kuat. Al Ain mengalahkan BEC-Tero Sasana dengan agregat 2-1.

Tetapi pada perlawanan timbal-balik, penalti Terdsak telah membenarkan Naga Api menang 1-0. Pasukan itu telah diumumkan sebagai naib juara dengan mengumpul empat kemenangan daripada lima perlawanan di tempat sendiri.

4.   Persik Kediri (Indonesia) 1-0 Shanghai Shenhua (China), Group Stage, 2007

Persik Kediri adalah pasukan Indonesia pertama mengalahkan lawan dari Asia Timur dalam Liga Juara-Juara AFC.

Semasa perlawanan di tempat sendiri bagi saingan peringkat kumpulan 2007,  mereka menewaskan Shanghai Shenhua dari China 1-0.

Mereka meneruskan prestasi cemerlang dengan menewaskan kuasa besar Australia, Sydney FC 2-1. Tetapi perjalanan mereka sekadar berakhir di peringkat kumpulan selepas memenangi hanya tujuh mata daripada enam perlawanan.

5.   Krung Thai Bank (Thailand) 5-3 Beijing Guoan (China), Group Stage 2008

Ini merupakan kempen di mana penjaring terbanyak kejohanan adalah seorang pemain Thai. Harapan Krung Thai Bank untuk layak telah pun terkubur namun pasukan itu telah memilih untuk bermain demi maruah.

Nantawat Tansopa melalui malam yang tidak mungkin dilupakan selepas menjaringkan empat gol, dan membawa pasukannya menuntut kemenangan 5-3 ke atas Beijing Guoan.

Satu lagi gol untuk pasukan Thailand telah dijaringkan oleh Peerapong Pichitchotirat. Sepanjang kempen 2008, Nantawat menjaringkan sembilan gol dan memenangi dirinya anugerah Kasut Emas.