Musim kebangkitan Cristiano Ronaldo (Manchester United, 2006/07)

Dia dilabel pemain yang hanya tahu menunjukkan kemahirannya, kemudian diberi layanan kurang baik oleh penyokong lawan tatkala kariernya di Old Trafford dalam keadaan terumbang-ambing. Tetapi selepas tiga musim di Manchester United pada 2006, Cristiano Ronaldo menjelmakan kebangkitan dan kematangan dalam kariernya. 

"Lihat tu. Adakah dia mengenyitkan mata sebentar tadi," kata bekas penyerang antarabangsa England, Ian Wright ketika menjadi pengulas di studio BBC di Piala Dunia  pada 1 Julai 2006 di Jerman.

"Tolong kata kepada saya tidak," kata seorang lagi bekas pemain yang menjadi pengulas, Alan Hansen.

Saya percaya terdapat kemungkinan besar terjadinya perbalahan antara Ronaldo dan Rooney di latihan United selepas ini

- Alan Shearer

Reaksi spontan mereka merujuk kepada Ronaldo, kesalahan Ronaldo?- Mengenyitkan mata ke bangku pemain simpanan Portugal selepas Wayne Rooney dilayangkan kad merah kerana memijak Ricardo Carvalho pada minit 62 saingan suku akhir Piala Dunia dengan England.

"Saya percaya terdapat kemungkinan besar terjadinya perbalahan antara Ronaldo dan Rooney di latihan United selepas ini," kata bekas kapten England, Alan Shearer yang turut menjadi pengulas Piala Dunia 2006.

Memang pemain sayap United itu berjaya mempengaruhi pengadil perlawanan, Horacio Elizondo terhadap keputusan ke atas Rooney namun, tindakannya itu adalah sesuatu yang tidak dijangka pemain England dan turut dilihat sebagai tidak bermoral.

Apabila Ronaldo menjaringkan sepakan penalti kemenangan ke atas England dalam aksi suku akhir itu, keretakan hubungannya dengan Rooney menjadi semakin nyata.

Akhbar dan media Inggeris seperti The Sun melaporkan, seorang sumber yang tidak dinyatakan berkata Rooney akan mengerat Ronaldo kepada dua bahagian apabila mereka bertemu selepas itu.

Ronaldo kemudian terus menjadi kecaman media di England yang kemudian membuatkannya memberi kenyataan kepada akhbar Portugal dia enggan lagi kekal bersama United.

"Dalam masa beberapa hari saya akan putuskan masa depan saya, saya tidak mahu kekal di England," kata Ronaldo kepada akhbar Portugal

Selama tiga musim pertama di United, Ronaldo menjaringkan 27 gol dalam 137 perlawanan,meraih kejuaaan Piala FA dan Liga dalam tempoh waktu yang dilihat kurang berjaya buat bintang Portugal ini.

Ketika itu juga, Chelsea semakin mengukuhkan kedudukan dan status sebagai kuasa baru Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan dua kejuaraan berturut-turut di bawah kendalian Jose Mourinho.

"Saya tidak akan kekal bersama Manchester United, selepas apa yang berlaku dengan Rooney saya tidak boleh kekal disni.

"Dalam masa beberapa hari saya akan putuskan masa depan saya, saya tidak mahu kekal di England," kata Ronaldo kepada akhbar Portugal.

Namun, 12 bulan kemudian Ronaldo meraih kejuaraan EPL, dinobatkan sebagai Pemain Tahunan Terbaik PFA, Pemain Muda Terbaik Tahunan, Pemain Terbaik Tahunan Penulis Bola Sepak dan Pemain Terbaik Pilihan Penyokong.

United kini mempunyai seorang pemain bintang bertaraf dunia.

Era Kematangan Dari Seorang Budak ke Lelaki Dewasa

Ketika musim panas 2006, media bukan hanya memberi tumpuan terhadap Ronaldo yang ketika itu berusia 21 tahun, tetapi juga pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Ketika itu juga, Ferguson berkata dia belum lagi bercakap dengan Ronaldo sejak Piala Dunia 2006 berakhir dan ia tampak pendekatan berbeza dengan cara dia menangani isu David Beckham selepas Piala Dunia 1998 dengan melindungi pemain itu.

Selepas bercakap dengan rakan sekelabnya di terowong stadium Gelsenkirchen, Rooney menelefon Ronaldo beberapa kali bagi memastikan tiada dendam antara mereka

Namun, Ferguson tidak perlu sebenarnya bercakap dengan Ronaldo mengenai insiden dengan Rooney kerana pemain England itu sudah pun melakukannya.

Selepas bercakap dengan rakan sekelabnya di terowong stadium Gelsenkirchen, Rooney menelefon Ronaldo beberapa kali bagi memastikan tiada dendam antara mereka apabila bertemu di persiapan pra-musim kelab itu. Malah Rooney turut mencadangkan sidang media bersama Ronaldo.

Ramai pemerhati bola sepak turut tertanya-tanya sama ada Ronaldo akan muncul pada hari pertama latihan pra-musim namun, dia muncul malah selepas aksi suku akhir Piala Dunia dengan England dia turut menukar jersi dengan Gary Naville.

Rakan sekelab turut terkejut dengan keadaan fizikal Ronaldo apabila dia melapor diri untuk latihan pra musim ketika itu.

"Secara fizikal dia berubah dari seorang budak kepada seorang lelaki. Dia pergi seperti seorang peninju featherweight tetapi kembali sebagai seorang peninju light-heavyweight.

"Ini membolehkannya mempunyai lebih kekuatan berbanding sebelum ini," kata Neville.

Malah presiden Valencia Juan Soler pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyerah dalam usaha mendapatkan Ronaldo walaupun ditolak United

Rooney turut bersetuju apabila berkata,"Dia tampak banyak melakukan latihan angkat berat ketika cuti musim panas. Malah Rooney sendiri kerap melapor diri untuk latihan pra-musim dengan keadaan fizikal kurang memuaskan serta berat badan bertambah yang hanya mengundang kekecewaan Ferguson.

Apa pun desas-desus penghijrahan Ronaldo masih kedengaran ketika itu, malah presiden Valencia Juan Soler pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyerah dalam usaha mendapatkan Ronaldo walaupun ditolak United.

United tetap memulakan saingan musim itu degan aksi meyakinkan apabila merakam kemenangan besar 5-1 ke atas skuad Fulham bimbingan Chris Coleman, dengan Ronaldo yang beraksi di posisi sayap kanan menjaringkan satu gol menerusi sepakan voli yang cantik serta kerap memberi kesukaarn buat bek kiri, Franck Queudru.

"Anda boleh lihat dia(Ronaldo) dan Rooney berkawan baik.

"Orang  ramai sentiasa mencari seseorang untuk dipersalahkan tetapi kami mempunyai semangat sepasukan yang kuat dan tidak akan terjejas dengan pandangan orang di luar kelab," kata Ferguson selepas aksi dengan Fulham.

Penyokong Fulham  ada mengejek Ronaldo pada awal perlawanan tersebut , namun kemudian mengakui dia seorang pemain luar biasa.

Berdasarkan penghargaan peminat United terhadap Ronaldo juga, Ferguson mahu pemain itu sedar kelab itu masih menagih kudratnya.

Ketika bulan seterusnya, ejekan terhadap Ronaldo lebih kuat kedengaran ketika perlawanan di uar Old Trafford.

Namun, ketika aksi dengan Reading, segala-galanya berubah apabila Ronaldo menjelmakan aksi luar biasa.

Ketika itu United menerima asakan bertali arus lawan dan ketinggalan 1-0 menerusi penalti yang disempurnakan Kevin Doyle minit 48.

Ronaldo kemudian menukar posisi dari sayap kanan ke kiri,mengutip bola di kawasan sendiri, menewaskan bek kanan Greamme Murty sebelum menewaskan benteng akhir lawan Marcus Hehemann.

" Sukar menafikan gol itu, dia mampu berfungsi dengan baik di sebelah kanan atau kiri sebelum mengegelecek dan kemudian mentertawakan anda.

"Anda tidak boleh berada rapat dengannya kerana dia pantas, asakan terdapnya  pula adalah ibarat merempuh dinding batu bata," kata Murty.