Stories

Paling setia: Tujuh pemain MSL yang kekal selama 10 musim di satu kelab

FourFourTwo menyenaraikan tujuh pemain Liga Super Malaysia (MSL) yang telah menghabiskan 10 musim atau lebih di kelab mereka - sama ada dalam satu tempoh berterusan atau berasingan... 

We are part of The Trust Project What is it?

KHAIRUL HELMI JOHARI

Kapten Kedah ini hanya mengenali satu pasukan bola sepak sepanjang kariernya.

Membesar di Sungai Petani, kisah Khairul Helmi dengan pasukannya berkisar dari tahun 2006 apabila dia bermain dalam saingan Piala Presiden sebagai seorang remaja.

Dia dinaikkan ke pasukan senior dalam musim 2007-08. Dia hanya ahli skuad, ketika Kedah memenangi treble domestik buat kali kedua musim itu.

Sekarang berusia 29 tahun, Khairul Helmi sejak itu berusaha untuk menjadi pemain utama di kelab tersebut. Kedah telah memenangi Liga Perdana Malaysia (MPL) pada 2015, Piala Malaysia pada 2016 dan Piala FA pada 2017.

 

BADDROL BAKHTIAR

Jika anda rasakan tempoh Khairul Helmi dengan Kedah luar biasa, kisah Baddrol Bakhtiar mungkin sedikit lebih baik, memandangkan dia menunjukkan lebih banyak potensi dan mencapai lebih kejayaab dengan jersi kebangsaan.

Pemain yang memiliki kaliber ini sentiasa ditagih lawan pada setiap jendela perpindahan.

Baddrol mempunyai beberapa peluang untuk berhijrah ketika Kedah diturunkan dari MSL pada akhir kempen 2012, tetapi dia memilih untuk kekal  dan pastinya akan menjadi legenda Kedah apabila dia bersara.

Baru 29, Baddrol telah bermain untuk Kedah dalam liga teratas sejak musim 2006-07, di mana dia melakukan debutnya dan menjadi pemain utama pada musim berikutnya.

Dia mengetuai pasukan ketika ketiadaan Khairul Helmi kebelakangan ini.

Dia tidak pernah menoleh ke belakang, mengumpul 13 pingat pemenang - termasuk dua pingat emas Sukan SEA.