Panduan jurulatih di Malaysia: Bagaimana untuk elak daripada 'direhatkan'

Arena bola sepak Malaysia sentiasa penuh dengan tekanan, lebih-lebih lagi apabila jurulatih mula ‘direhatkan' atau dipecat atas keputusan pengerusi kelab. FourFourTwo melihat ciri-ciri seorang jurulatih yang diperlukan untuk terus bertahan dalam Liga Super Malaysia (MSL).

Berhati-hati sebelum bertindak

Seorang jurulatih mestilah bersedia untuk beralah ketika mana banyak keputusan penting perlu dilakukan, terutamanya dalam urusan menandatangani pemain.

Menentang amalan ini mungkin mengakibatkan anda ditunjukkan pintu keluar. Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh adalah contoh jurulatih yang bertindak sekadar dalam bidang kuasa di Pahang dan Selangor, dan sering meninggalkan perkara-perkara di luar kuasa kepada pihak pengurusan.

Bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez boleh dikatakan berada dalam kumpulan yang sama dan secara terbukanya juga, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seperti semua maklum, mempunyai kata dalam kebanyakan keputusan kelab itu.

Bersuara lantang menentang pihak pengurusan adalah satu tindakan yang kurang bijak dan mampu membawa individu tersebut lebih dekat dengan pintu keluar.

Karl Weigang pernah merasa sendiri bagaimana keputusan perlawanan yang diberikan itu tidak ada sebarang makna buat pihak pengurusan. Jurulatih Jerman ini melalui tempoh sukar di Perak selepas mengkritik badan pengurusan diatas kegagalan mereka untuk menyediakan kemudahan yang lengkap. Kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan, JDT turut tidak mampu menyelamatkan posisinya di Perak selepas pengurusan memutuskan untuk memecatnya beberapa hari kemudian.

Jangan pernah melebihi majikan

Pages