Pelaburan besar: perpindahan terbaik dan terburuk EPL

Jendela perpindahan Inggeris telah pun berlalu. Ada antara beberapa kelab yang telah melakukan perpindahan lewat, sementara yang lain sekadar meratapi nasib. Di sini FFT menyenaraikan 10 perpindahan terbaik dan 10 perpindahan lewat terburuk ...

10 terbaik:

Ashley Cole - Arsenal ke Chelsea, 2006 - £5 juta (S$ 8.9m)

Untuk hanya £5 juta, Ashley Cole boleh dianggap salah satu perpindahan paling berbaloi dalam sejarah Chelsea. Syaratnya, Blues terpaksa melepaskan William Gallas dalam perjanjian perpindahan, tetapi apa yang Cole lakukan terhadap kelab itu melebihi segala-galanya.

Sepanjang sembilan tahun di Chelsea, Cole membantu kelab merangkul sembilan gelaran, termasuk satu gelaran Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA dan Liga Juara-Juara 2012 - kemenangan pertama Chelsea dalam pertandingan itu. Secara keseluruhannya, dia membuat 229 penampilan dan menemui jaring sebanyak tujuh kali.

Wayne Rooney - Everton ke Manchester United, 2004 - £20 juta

Peminat mungkin mempunyai pendapat berbelah bagi terhadap nilainya musim lepas, tetapi pada suatu ketika dahulu, tiada sebarang keraguan tentang kehebatan Wayne Rooney yang secara langsung menyumbang ke arah kejayaan Red Devils.

Mempunyai 559 penampilan dan 253 gol, bekas kapten Manchester United ini merupakan salah seorang pemain paling hebat yang pernah menyarung jersi merah terkenal itu, membantu kelab merangkul 14 kejuaraan dalam 12 musim.

Dia juga pernah dinobatkan di dalam Pasukan Tahunan PFA sebanyak tiga kali, Pemain Tahunan PFA sekali, Pemain Tahunan PFA Pilihan Peminat dua kali dan Pemain Muda Tahunan PFA dua kali.

Rooney akan sentiasa diingati sebagai pemain Red Devil

Carlos Tevez/Javier Mascherano - Corinthians ke West Ham, 2006 - Yuran tidak diketahui

Harapan tinggi diletakkan ke atas West Ham United apabila mereka menandatangani dua pemain Argentina, Carlos Tevez dan Javier Mascherano, satu perpindahan yang mengejutkan.

Mascherano, yang berusia 22 tahun, bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik dan dipinjamkan ke Liverpool pada Januari 2007 – selepas hanya empat bulan kemudian - walaupun dia memberikan West Ham sejumlah £18.5 juta apabila perpindahan kekal dilakukan pada akhir musim itu.

Sebaliknya, Tevez menyelamatkan kelab dari penyingkiran. Dengan berbaki 10 perlawanan terakhir dan kelab itu menduduki tangga tiga terbawah, Tevez menjaringkan tujuh gol termasuk satu sepakan percuma cantik ketika menentang Manchester United pada hari terakhir musim, membantu kelab itu meraih tujuh kemenangan untuk menamatkan saingan tiga mata di atas zon penyingkiran.

Luis Suarez - Ajax ke Liverpool, 2010 - £22.8 juta

Lupakan semua kontroversi yang mengelilinginya, perpindahan Suarez merupakan satu langkah terbaik Liverpool sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sepanjang empat musim di Merseyside, pemain Uruguay ini menjaringkan 82 gol dalam 133 penampilan dan memperoleh status ayam tambatan, membantu peminat Liverpool akur dengan pemergian Fernando Torres.

Walaupun dia tidak memacu Liverpool untuk merangkul kejuaraan - Reds begitu hampir di belakang pendahulu ketika musim terakhir Suarez pada 2013/14 – namun dia membantu kelab merangkul gelaran Piala Liga pada tahun 2012 dan memenangi pelbagai anugerah penghormatan individu termasuk pemain Terbaik Tahunan Liverpool dua kali dan Pemain Terbaik Premier musim 2014.

Sudah tentu, perpindahannya ke Barcelona juga menyumbang kepada keuntungan besar Liverpool sekitar £42m...

Tentunya peminat Liverpool merindui dia

Pages