Top 10/50/100

Pemain muda yang perlu diberi perhatian di EPL musim ini

EPL sekali lagi bakal menjadi pentas terbaik untuk pemain-pemain muda ini mempamerkan aksi cemerlang mereka bersama pasukan masing-masing.

We are part of The Trust Project What is it?

Liga Perdana Inggeris sentiasa saja menjadi destinasi pilihan pemain-pemain muda berbakat dari seluruh dunia untuk memulakan karier mereka dan menjadi batu loncatan untuk menjadi pemain terbaik dunia. 

Cristiano Ronaldo adalah salah satu nama yang mungkin paling diingati oleh peminat-peminat bola sepak sebagai salah seorang pemain muda yang mula mendapat perhatian dunia apabila beraksi bersama Mancehster United di EPL. 

Pada musim ini juga, EPL sekali lagi bakal menjadi pentas terbaik untuk pemain-pemain muda ini mempamerkan aksi cemerlang mereka bersama pasukan masing-masing dan berikut adalah senarai beberapa pemain yang mungkin mampu melakukan sesuatu pada musim ini di Liga Perdana Inggeris. 

Matteo Guendouzi (Arsenal)

Guendouzi disifatkan sebagai seorang pemain yang sangat berbakat.

Pemain skuad Bawah 20 Tahun Perancis ini dibawa oleh pengurus baru Arsenal pada musim ini, Unai Emery dari kelab yang beraksi di Divisyen 2 di Perancis, Lorient. 

Walaupun tidak beraksi di saingan domestik tertinggi bersama pasukan lamanya, Guendouzi disifatkan sebagai seorang pemain yang sangat berbakat pada usianya sekarang. 

Bersama Lorient pada musim lepas, beliau melakukan 18 penampilan liga dan berjaya menarik minat kelab-kelab besar sekitar Eropah yang turut menjadi punca kepada keengganan beliau untuk menandatangani kontrak baru bersama pasukan lamanya.

Walaupun baru sahaja berumur 19 tahun pada musim ini, Guendozi sudahpun mula mengetuk pintu kesebelasan utama di Emirates apabila beliau sudahpun berjaya melakukan penampilan pada musim ini dan tidak dapat disangkal lagi bahawa bekas graduan akademi Paris Saint Germain ini adalah salah seorang pemain muda yang perlu diberi perhatian pada musim ini.

Pages