Pemain-pemain Import Terbaik Dalam Sejarah Liga Malaysia Pilihan FFT

Susulan dari kembalinya Jorge Pereyra Diaz ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), FourFourTwo merujuk semula senarai pemain-pemain import Liga Malaysia terbaik kami yang telah memberikan impak kepada bolasepak Malaysia... 

Apabila beliau meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2015, Jorge Pereyra Diaz tersemat dalam ingatan penyokong JDT sebagai pemain utama yang telah membantu Harimau Selatan menjuarai Liga Super Malaysia pada tahun itu dengan menjaringkan lapan gol (dan tiga ciptaan gol) dalam lapan perlawanan.

Kehadirannya semula dalam pasukan musim ini kemudian membuahkan hasil 18 gol dalam liga - yang terbaik di Malaysia. Beliau telah dinamakan dalam senarai pemain-pemain import terbaik FourFourTwo dan usaha hebatnya musim lepas telah mengukuhkan lagi kedudukannya.

Dari segi sejarah Liga Malaysia, kini telah lebih dari tiga dekad sejak pemain Indonesia, Ristomoyo Kassim datang ke Malaysia sebagai antara pemain import yang pertama untuk bermain di dalam Liga Malaysia. Beliau seterusnya memberikan kesan yang menarik lebih ramai lagi penyokong bolasepak Malaysia untuk menghargai lebih ramai lagi pemain-pemain import yang hebat dalam pasukan mereka.

Dengan adanya ramai pemain-pemain import yang berbakat beraksi di Malaysia, kami tahu ia bukannya mudah untuk menyenaraikan antara yang terbaik - dan kami juga tidak boleh memuaskan hati semua orang. Tetapi kami tetap cuba. Jadi ini adalah 11 pemain import terbaik dalam liga Malaysia tanpa mengikut sebarang urutan.
 

Pages