Stories

Pemain tengah terbaik sepanjang zaman

Jom kita tinjau tujuh pemain tengah terbaik sepanjang zaman negara.

We are part of The Trust Project What is it?

Malaysia sebenarnya sentiasa memiliki pemain tengah yang kerap berupaya memecah benteng lawan, serta merangka gerakan pasukan.

Berikut adalah senarai pemain tengah terbaik sepanjang zaman negara.

Liam Boey Chong 

Prestasi skuad Pulau Pinang hari ni mungkin memgecewakan, namun satu ketika dulu mereka kerap menghasilkan pemain-pemain terbaik negara.

Pada era 60an, Pulau Pinang mempunyai Liam Boey Chong yang merupakan antara pemain tengah terbaik negara yang turut menjadi tonggak skuad negara ketika itu.

Liam turut menjadi tonggak skuad negara di Sukan Asia 1962 di Jakarta yang menyaksikan “Malaya” ketika itu meraih pingat gangsa.

Liam beraksi bersama beberapa lagenda negara pada era 60an seperti Allahyarham Datuk Ghani Minhat, Abdullah Nordin, Arthur Koh dan Robert Choe.

Liam dikatakan seorang pemain tengah yang mempunyai bacaan permainan yang baik, serta mampu melakukan umpanan tepat ke bahagian serangan.

Shukor Salleh 

Di era 1970an, muncul seorang lagi pemain tengah hebat dari Pulau Pinang yang membarisi skuad negara iaitu Shukor Salleh.

Shukor adalah seorang pemain tengah bertahan yang sentiasa tenang dalam mengemudi jentera tengah.

Mula mewakili Pulau Pinang sejak berusia 18 tahun pada 1966 dan kekal bermain untuk mereka sehingga berusia 37 tahun pada 1985.

Dia adalah sebahagian dari skuad negara yang meraih pingat gangsa di Sukan Asia 1974 di Tehran.

Shukor dilaporkan meraih 215 caps antarabangsa sejak mula mewakili negara ketika berusia 21 tahun pasa 1971.

Selain pingat gangsa Sukan Asia, Shukor turut dalam skuad negara pada 1980 yang layak ke Sukan Olimpik.