Analysis

Penilaian pasukan MSL 2018

Saingan Liga Super Malaysia ( MSL) musim ini sudah pun berakhir dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan muncul juara malah turut mengesahkan kejuaraan dengan baki empat perlawanan dalam tangan.

We are part of The Trust Project What is it?

Saingan Liga Super Malaysia ( MSL) musim ini sudah pun berakhir dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan muncul juara malah turut mengesahkan kejuaraan dengan baki empat perlawanan dalam tangan.

Berikut adalah penilaian terhadap setiap pasukan MSL musim ini.

JDT: A+

JDT wajar menerima penilaian terbaik jika berlandaskan pencapaian dalam saingan MSL musim ini.

Prestasi mereka sedikit terjejas dalam saingan Piala AFC musim ini yang menyaksikan penyingkiran penyerang import, Jorge Preyera Diaz serta dua kali pertukaran awang import dilakukan.

JDT turut tersingkir di peringkat suku akhir saingan Piala FA, dengan kekalahan 3-0 secara agregat kepada seteru utama mereka Pahang.

Namun pemangku jurulatih pasukan, Raul Longhi berjaya memastikan prestasi pasukan tidak terjejas di saingan MSL yang membolehlan mereka merangkul kejuaraan kelima berturut-turut.

Kejayaan ini sudah pasti sukar ditandingi pasukan lain buat tempoh jangka masa yang panjang.

Perak: A

Skuad Perak kendalian Mehmet Durakovic tetap wajar mendapat pujian berlandaskan pencapaian mereka musim ini.

Perak tetap mampu memberikan cabaran meskipun, belanjawan mereka tidak sebesar pasukan lain seperti Pahang, Terengganu FC dan juga PKNS FC.

Durakovic tetap berupaya membentuk barisan mantap dengan sebahagian pemain terdiri daripada anak jati Perak sendiri.

Wander Luiz, Leandro Dos Santos dan Gilmar da Silva Filho bersama-sama dengan pemain berdarah kacukan, Brendan Gan turut membentuk keserasian baik dengan pemain tempatan lain musim ini.

Jika Perak mempunyai kekuatan skuad yang lebih menyeluruh, mungkin mereka mampu memberi saingan lebih jitu kepada JDT dalam perebutan kejuaraan MSL.

Pahang: A

Skuad Pahang kendalian Dollah Salleh musim ini juga wajar mendapat penilaian yang baik.

Mereka kekal sehingga akhir musim sebagai antara lima pasukan terbaik musim ini dan turut menjuarai saingan Piala FA.

Seperti Perak, sukar buat Pahang memberi saingan lebih kuat kerana tidak mempunyai kekuatan skuad menyeluruh.

Memandangkan Pahang kerap terjejas kerana masalah kecergasan pemain musim ini, pengurusan pasukan juga mungkin perlu mempertimbangkan pengambilan fisio dan pegawai perubatan yang lebih berkesan musim depan.

Kedah: B-

Foto: Astro Awani

Dengan kualiti pemain yang dimiliki Kedah, mereka sepatutnya memberi cabaran lebih kuat di MSL.

Pada awal musim Lang Merah dikendalikan Ramin Marcote namun, penurunan lrestasi pasukan menyaksikan Nidzam Adzha Yusof kembali sebagai ketua jurulatih pasukan.

Mungkin juga persiapan pra musim dibawah kendalian Marcote tidak begitu berkesan sehingga menjadi anatara faktor kemersotan pasukan.