Stories

Perjalanan Menakjubkan N’Golo Kante daripada Ligue 2 ke juara Piala Dunia

We are part of The Trust Project What is it?

Chelsea dan Piala Dunia

Selepas berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan menjadi naib juara Euro 2016 bersama Perancis, Kante akhirnya diikat dengan kontrak lima tahun oleh Chelsea dengan nilai perpindahan bernilai sebanyak 32 juta pound.

Bersama Chelsea, Kante sekali lagi berjaya merangkul kejuaraan di musim pertamanya bersama mereka dan menjadi pemain pertama dalam sejarah yang memenangi Liga Perdana Inggeris dua musim berturut-turut bersama dua kelab yang berbeza.

Di musim keduanya bersama Chelsea, Kante sekali lagi menganugerahkan kejuaraan buat Chelsea, kali ini di Piala FA apabila persembahan menakjubkan yang dipamerkan oleh beliau membolehkan Chelsea menewaskan Manchester United pada perlawanan akhir yang berlangsung di Wembley.

Tamat musim 2017/2018 bersama Chelsea, Kante pulang ke Paris untuk menyertai latihan skuad kebangsaan Perancis dan terbang bersama mereka ke Rusia.

Di Rusia, bersama sama skuad Perancis yang dibarisi ramai pemain muda berbakat seperti Kylian Mbappe dan Antoine Griezman, Perancis dengan mudah mara ke perlawanan akhir dan mengulangi pencapaian mereka 20 tahun lalu di Paris.

Persembahan cemerlang Kante sepanjang kejohanan tersebut terutama sekali ketika mereka menewaskan Argentina di peringkat 16 pasukan terbaik kekal menjadi bualan peminat peminat Les Blues di seluruh dunia.

Keupayaan Kante untuk menyekat Lionel Messi pada perlawanan tersebut juga menjadi siulan di kalangan pemain-pemain Perancis.

N’Golo Kante, He Is Short, He Is Nice, He Stopped Lionel Messi, N’Golo Kante”’ adalah antara sebahagian ‘chant’ yang sering dinyanyikan oleh pemain-pemain Perancis selepas berjaya menewaskan Argentina dan menjadi tular di media sosial.

Satu Perjalanan Yang Menakjubkan

Dalam tempoh masa beberapa tahun, N’Golo Kante yang dahulunya hanyalah seorang pemain bola sepak Divisyen 3 di Perancis dan menunggang ‘skuter’ ke tempat latihan, kini sudahpun memenangi dua Kejuaraan Liga Perdana Inggeris, satu kejuaraan Piala FA, diundi sebagai Pemain Tahunan PFA dan paling sukar untuk dipercayai , beliau kini adalah salah seorang pemain yang merangkul kejuaraan Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Perancis.