Stories

Persinggahan Sebelum Bersara Bintang EPL

Sejak saingan Liga Semi Pro, ke saingan profesional sepenuhnya Liga M pada 1994 hingga ke era Liga Super pada 2004, Malaysia kadang kala menjadi destinasi beberapa bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) beraksi. Four Four Two menyenaraikan 10 bekas pemain EPL terbaik yang pernah mewarnai saingan bola sepak Malaysia...

We are part of The Trust Project What is it?

George Boateng

Seornag lagi bekas pemain EPL yang beraksi sebagai pemain dan kemudiannya sebagai jurulatih di Malaysia selain David Mitchell.

Selepas beraksi sebagai pemain dengan T Team pada 2012-2013, Boateng kemudian melatih skuad Kelantan pada 2014.

Namun, dengan prestasi tidak konsisten Kelantan, Boateng digantikan Azraai Khor Abdullah pada 2015.

Boateng kemudian dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan dan akhirnya meletak jawatan pada 11 Mei 2015 kerana mahu mengendalikan sebuah pasukan.

Chris Kiwomya

Selepas Cottee meninggalkan Selangor pada pertengahan musim, FAS berjaya mendapatkan seorang lagi penyerang EPL sebagai penggempur utama iaitu Chris Kiwomya.

Bekas pemain England B-21 Tahun ini menjaringkan tujuh gol dalam 12 perlawanan buat Selangor termasuk jaringan kemenangan di final Piala Malaysia 1997.

Seperti Cottee, Kiwomya turut tidak kekal lama di Selangor, namun  tempoh kehadiran singkatnya tetap menarik perhatian peminat Selangor membanjiri Stadium Shah Alam ketika itu.

Kiwomya kembali ke England pada 1998 dan beraksi bersama QPR hingga 2001 sebelum ke  kelab Denmark Aalborg dan bersara pada 2002.

David Mitchelll

Sebelum ketibaan Cottee dan Kiwomya, Selangor sebenarnye turut mendapat khidmat seorang lagi bekas pemain EPL iaitu David Mitchell.

Penyerang tinggi lampai Australia ini bersama Selangor dari musim 1995 hingga 1996.

Walaupun hadir dengan reputasi pernah bersama kelab EPL seperti Chelsea, Newcastle dan Millwall,..corak permainan Mitchell tidak digemari segelintir peminat Selangor.

Namun, Mitchell seorang penyerang "Target Man" dan kehadirannya banyak membantu rakan gandingannya di Selangor, Azman Adnan meraih gol buat pasukan.

 Mitchell hanya meraih 14 gol ketika bersama Selangor, namun dia turut memainkan peranan penting membantu Gergasi Merah menjulang kejuaraan Piala Malaysia 1995 dengan menjaringkan "Gol Emas" perlawanan akhir berdepan Pahang.

Mitchel kini seorang jurulatih dan pernah mengendalikan Perth Glory di Liga A  pada 2007 hingga 2010 dan juga Kedah pada 2013-2014.