Stories

Pilihan pasukan terbaik FFT Liga Super Malaysia Bulanan: Februari

Liga Super Malaysia musim 2018 baru bermula dengan empat perlawanan berlangsung pada Februari dan, dengan beberapa keputusan berbeza buat hampir setiap pasukan memberi gambaran musim yang menarik tahun ini. Kami memilih 11 pemain yang menyerlah dengan formasi 4-3-3....

We are part of The Trust Project What is it?

PENJAGA GOL: 

Benteng akhir PKNS FC Shahril Saa'ri menjadi pilihan selepas tidak dibolosi dalam dua daripada empat aksi awal.

Skuad Semut Merah melepaskan empat gol lebih daripada pertahanan terbaik liga - Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang - tetapi Shahril diuji lebih daripada yang lain.

JDT turut menggilirkan penjaga gol dalam dua aksi awal.

PKNS tewas 4-3 kepada Kedah untuk hilang kedudukan selaku pendahulu liga namun, bekas penjaga gol Harimau Muda ini tidak boleh disalahkan untuk tiga daripada gol yang dibolosi.

PERTAHANAN:

Pemain naturalisasi baru Malaysia La'Vere Corbin-Ong menjadi pilihan mudah selepas menjadi sebutan peminat tempatan sejak melakukan penampilan sulung untuk Harimau Selatan berdepan Kedah dalam aksi pembuka tirai musim pada awal Februari.

Lontaran ke dalam yang jauh yang dimilikinya merbahaya persis hantaran silang dan dia juga gemar naik membantu serangan. Dia melakukan dua bantuan gol pada Februari.

Kami memilih kapten Pahang Matthew Davies di sebelah kanan daripada Syahmi Safari kerana aksi konsistennya.

Davies tidak naik ke atas sekerap Corbin-Ong tetapi dia memastikan kelibatnya di bek kanan meyakinkan.

Davies turut berupaya melakukan hantaran silang berkualiti ke kotak penalti lawan.

Kedua-dua pemain full-back mempunyai rakan yang biasa dengan mereka selaku bek tengah, Fadhli Shas dari JDT dan Muslim Ahmad dari Pahang.

Kedua-dua pemain itu memainkan peranan penting buat pertahanan pasukan masing-masing serta berjaya menandingi keupayaan rakan import mereka selaku bek tengah.

Pahang turut memutuskan untuk menamatkan khidmat Alex Moraes untuk menambah penyerang import.