Stories

Preview Liga Super Malaysia (MSL) 2018: Analisis setiap pasukan serta ramalan kami yang tanpa prejudis!

Saingan MSL 2018 bakal bermula, tatkala Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat pilihan untuk merakam kejuaraan kelima berturut-turut, pasukan seperti Kedah dan Perak juga dilihat mampu mencabar. Berikut adalah preview FourFourTwo bagi setiap pasukan.

We are part of The Trust Project What is it?

JOHOR DARUL TA'ZIM

  • Jurulatih: Ulisses Morais

  • Belian penting: Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa

  • Siapa yang akan mereka rindui: Gonzalo Cabrera

  • Kejayaan 2017:   Juara MSL dan juara Piala Malaysia 

Harimau Selatan mempunyai dua sasaran utama musim ini- menjuarai MSL untuk kali kelima berturut-turut dan menjadi pasukan     pertama dari Malaysia beraksi di Liga Juara-juara AFC.

Banyak perubahan dilakukan menjelang musim penuh pertama Morais selaku pengendali JDT selepas dia membuktikan kemampuannya sejak menyertai pasukan pertengahan musim lalu.

Pengendali kelahiran Portugal ini kini memiliki lebih masa membentuk ramuan terbaik menjadikan pasukannya lebih ampuh kali ini.

Kelab ini menyambut kepulangan pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun, penjaring terbanyak MSL Diaz dan nadi utama kejayaan Piala AFC 2015, Figueroa yang meyakinkan pengurusan pasukan dia masih mampu menyumbang walaupun sudah berusia 36 tahun.

JDT turut menandatangani pemain bek kiri, La'vere Corbin-Ong seorang pemain naturalisasi yang beraksi untuk Kanada tahun lalu.

Dia menjadi pemain kacukan terkini bersama JDT  selepas Junior Eldstal, Darren Lok dan Natxo Insa.

Dengan kehadiran Harris dijangka menguatkan jentera tengah dan pertahanan selaku pemain tengah bertahan, Insa dan Safiq dijangka mengawal jentera tengah untuk membantu Figueroa dan Diaz memusnahkan lawan.

Ramalan: Juara

KEDAH 

  • Jurulatih: Ramon Marcote

  • Belian penting: Pablo Palleres, Alvaro Silva

  • Siapa yang akan mereka rindui: Ken Ilso, Zachary Anderson

  • Kejayaan 2017 :  Juara Piala FA , naib juara Piala Malaysia Cup dan tempat keempat Liga Super

Pilihan utama peminat, Marcote kembali selepas menjadi antara tenaga kejurulatihan pada 2015. Pengendali Sepanyol ini memangku tugas ketua jurulatih ketika Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan untuk melengkapkan Lesen  Kejurulatihan Profesional AFC.

Lang Merah seakan semput pada pusingan kedua saingan musim lalu selepas bersaing hebat bersama JDT dan Kedah pada awal musim tetapi kekal konsisten di pertandingan kalah mati.

Jika Marcote mampu mencanang aksi lebih konsisten, Kedah mungkin mampu bersaing di semua pertandingan.

Ilso dan Anderson memainkan peranan penting pada 2017 dan Marcote pasti mengharapkan import baru mampu menunaikan harapannya.

Sandro Da Silva akan berusia 35 tahun pada 2018 dan kelibatnya kerap terbatas kerana kecederaan sebelum ini, tahap kecergasannya juga mampu menjadi faktor penentu Kedah.

Kekuatan Kedah asalah sebahagian besar pemain sudah beraksi dalam satu pasukan selama beberapa tahun.

Kedah juga mempunyai pilihan menggunakan kelibat bintang muda, Akyar Rashid jika diperlukan.

Ramalan: Naib juara

Pages