Stories

Preview Liga Super Malaysia (MSL) 2018: Analisis setiap pasukan serta ramalan kami yang tanpa prejudis!

We are part of The Trust Project What is it?

KELANTAN 

  • Jurulatih: Sathit Bensoh

  • Belian Utama: S. Veenod, Bruno Lopes, Ferdinand Sinaga

  • Siapa yang akan mereka rindui: Indra Putra Mahayuddin, Norhafiz Zamani Misbah

  • Kejayaan 2017: Tempat ke-10 MSL

The Red Warriors melakukan perubahan besar-besarab selepas melepaskan beberapa tonggak senior seperti Indra Putra Mahayuddin dan Norhafiz Zamani Misbah.

Pemain-pemain yang bukan nama besar dibawa masuk bagi mengukuhkan pasukan tatkala Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Illias Khas cuba mengukuhkan keadaan di dalam dan luar padang.

Bibi sudah menjanjikan masalah kewangan KAFA akan ditamatkan sekaligus, membolehkan pemain dan jurulatih tumpu hanya dengan hal dalam padang selepas ini.

Santhit memangku tugas pengendali  pada hujung musim lalu dan berjaya memastikan Kelantan kekal di liga Super.

Kemasukan S Veenod dan bekas pemain antarabangsa Indonesia, Ferdinand Sinaga akan menambah pengalaman serta menambah kekuatan pasukan keseluruhan.

Ramalan: Tempat kesembilan

KUALA LUMPUR 

  • Jurulatih: Fabio Maciel

  • Belian Utama: Zaquan Adha Abdul Radzak, Indra Putra Mahayuddin

  • Siapa yang akan mereka rindui: Nicolas Dul

  • Kejayaan 2017:  Juara Liga Perdana

Pendatang baru MSL ini mungkin menyaksikan cabaran sukar selepas skuad warga kota mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu. 

Maciel juga pasti berasa kesal gagal mendapatkan khidmat Brendan Gan dan Baihakki Khaizan.

Brendan memilih ke Perak, manakala Baihakki sedang siap berkemas untuk ke Kuala Lumpur apabila menerima tawaran Muangthong United.

KL berjaya mengekalkan penjaring terbanyak Liga , Guilherme De Paula  yang berpengalaman di Liga Suler bersama Selangor pada 2015.

Skuad warga kota mempunyai beberapa pemain tempatan seperti  Irfan Zakaria, Zhafri Yahya dan Asri Chuchu, namun kena bekerja keras untuk tidak berada di zon penyingkiran.

Ramalan:  Tempat ke-10