Match Previews

PREVIEW U16: Tiada alasan buat graduan NFDP gagal ke Piala Dunia Bawah-17 tahun

Beraksi di Kuala Lumpur di saingan AFC kali ini seharusnya memberi keyakinan buat barisan muda kita.

We are part of The Trust Project What is it?

Tinggal beberapa hari saja lagi, skuad bawah 16 tahun negara (B16) kendalian Lim Teong Kim akan bersaing di saingan AFC B16 Tahun yang berlansung di Kuala Lumpur.

Pemain-pemain ini adalah graduan pertama Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang diusahakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2014 oleh bekas menterinya, Khairy Jamaluddin.

Meskipun masa depan NFDP kini tiada kepastian dan besar kemungkinan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), barisan pemain yang di pilih perlu menamatkan saingan AFC B16 di separuh akhir.

Ia bagi memastikan mereka memcapai sasaran ke Piala Dunia B17 pada 2019.

Pemain-pemain dalam skuad B16 kebangsaan kink sudah menjalani pemdedahan di Eropah dan juga banyak siri persahabatan dan kejohanan jemputan antarabangsa.

Keputusan ketika berdepan skuad B16 Jepun di kelayakan AFC sedikit menimbulkan kerisauan, apabila barisan muda kita tewas 4-0.

Skuad B16 tetap layak selaku antara pasukan tangga kedua terbaik kelayakan dan sekiranya gagal sekalipun, kita tetap layak ke pusingan akhir selaku tuan rumah.

Namun, di pusingan akhir skuad muda negara akan sekali lagi berdepn Jepun dalam Kumpulan A bersama-sama demgan Thailand dan Tajikistan.

Apabila berdepan Jepun kali ini, mereka perlu tampil lebih ampuh dan buktikan pelaburan ke atas NFDP sebelum ini bukan sia-sia.

Kapten dan tonggak pertahanan, Hariz Mansor adalah pemain kepercayaan Teong Kim untuk mengemudi benteng.

Harith Haiqal dan Umar Hakeem dijangka memgemudi tengah manakala Lukman Hakim adalah pemyerang harapan Teong Kim.

Beraksi di Kuala Lumpur di saingan AFC kali ini seharusnya memberi keyakinan buat barisan muda kita.

Kepada pemain-pemain muda B16, jangan menyerah selagi wisel pemamat tidak dibunyan dan Selamat Maju Jaya.