Analysis

PREVIU PENUH: STADIUM BUKIT JALIL

We are part of The Trust Project What is it?

KESELESAAN

Akses ke stadium adalah agak mudah pada hari cerah tetapi ketika hujan, bahkan keluar dari stesen kereta api boleh menjadi masalah besar.

Tetapi tidak lagi. Laluan berbumbung sedang dibina dari stesen ke stadium. Kemudahan awam seperti tandas, kedai makanan & minuman dan ruang solat juga dinaik taraf dan akan lebih mesra untuk kegunaan orang kurang upaya.

Lokasi kawasan tontonan / tempat duduk untuk orang kurang upaya juga telah melalui proses perubahan kerana ruangan yang kini digunakan di bahagian aras pertama tidak memberikan sudut pandangan yang baik.

DESTINASI SUKAN BUAT SEMUA

Lain kali anda ke Stadium Bukit Jalil, pastikan anda bawa bersama basikal atau kasut sukan.

Taman Bukit Komanwel adalah sebahagian daripada projek besar pada tahun 1990-an dan walaupun masih digunakan ke hari ini, tiada sebarang pemeliharaan dilakukan selain daripada pemotongan rumput. Tidak diketahui ramai, terdapat juga kawasan rekreasi dengan gelanggang-gelanggang umum, terletak di belakang stadium hoki yang jarang digunakan. Sehinggakan terdapat penduduk setinggan di kawasan itu pada satu ketika.

Tidak ada pengumuman penambah-baikan kawasan tersebut atau sama ada ia akan memberi laluan kepada pembangunan lain, tetapi satu perkara yang disahkan kini adalah trek jogging dan berbasikal yang sebahagiannya mengelilingi Stadium Bukit Jalil dan kemudahan lain di venue tersebut.

Sementara itu, pelan Fasa Dua pula akan merangkumi pembinaan gelanggang luar pelbagai guna untuk kegunaan awam.

Papan iklan "rumah Harimau Malaya" di sudut tepi padang Stadium Bukit Jalil dan kehadiran penuh sesekali dari penyokong, mungkin satu-satunya perkara yang memberikan pasukan kebangsaan semangat untuk berjuang di gelanggang sendiri.

Memandangkan stadium itu telah lama tidak digunakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak hairanlah jika sesetengah pemain mula lupa bagaimana rasanya bermain di salah satu stadium terbesar dunia.

Malahan, Stadium Shah Alam telah menganjurkan lebih banyak perlawanan antarabangsa berbanding Bukit Jalil sejak kejohanan Piala AFF Suzuki 2012, dimana Malaysia turut menjadi rakan tuan rumah.

Suasana di Stadium Bukit Jalil boleh membawa kepada seribu satu reaksi cemas mahupun gembira dan perkara ini dilihat turut membantu skuad Malaysia dalam perlawanan penting. Muka-muka baru dalam pasukan kebangsaan seperti Fazly Mazlan, Matthew Davies, Shahrom Kalam, Brendan Gan dan S. Veenod belum pernah merasai sorakan daripada hampir 90,000 orang yang turun memberikan sokongan, dan pastinya bayangan mula bermain dalam fikiran mereka apabila stadium keramat ini dibuka semula pada 2017.

Namun stadium itu tidak pernah memberikan skuad Harimau satu rasa penerimaan.

Cuba ke stadium pada hari yang pasukan kebangsaan tidak dijadualkan untuk bermain dan pastinya hampir tiada ada apa-apa penyataan yang ia adalah gelanggang rumah Malaysia.

Venuenya nyata menyerlah lebih daripada kesemua bangunan-bangunan fasiliti sukan di kawasan itu tetapi selain dari A-board di tepi padang, agak sukar untuk meneka pasukan bola sepak mana yang menggelar stadium itu rumah.

Ini semua bakal berubah selepas kerja-kerja Fasa Satu di kawasan itu dijangka akan menjadikan Bukit Jalil sebagai stadium khas pasukan kebangsaan, dan tiada lagi tekaan gelanggang rumah untuk pasukan mana.

Dari luar tingkap, terdapat tempat duduk yang berwarna-warni, bilik persalinan standard dan rupa stadium yang membosankan. FourFourTwo baru-baru ini mendapat penjelasan tentang perubahan yang boleh diharapkan.

BILIK PERSALINAN KHAS MALAYSIA

Sesetengah orang mempercayai yang perlawanan boleh dimenangi dari dalam bilik persalinan. Perbincangan pasukan itu penting dan tidak semestinya pasukan tuan rumah memiliki bilik persalinan yang lebih lengkap dan maju berbanding pasukan lawan.

Bukit Jalil, bagaimanapun, mempunyai dua bilik persalinan yang sama konsepnya untuk semua pasukan.

Namun, itu tidak akan berlaku lagi apabila stadium dibuka semula kerana terdapat perancangan bagi mewujudkan bilik persalinan khas dan eksklusif untuk skuad Harimau.

Seperti kawasan lain di stadium, bilik itu akan bercorak hitam-kuning dan akan ditambah dengan kelengkapan lain seperti televisyen dan papan putih. Perbadanan Stadium Malaysia (MSC) juga sedang mengkaji frasa atau kata-kata motivasi dan gambar-gambar yang akan ditampal di serata dinding.