Top 10/50/100

Ranking 10 ‘assist’ terbaik dalam sejarah Liga Perdana

Magis Suarez, corak bola sepak PlayStation Arsenal dan hadiah dari ‘King Eric’ - Amit Katwala kira-turun antara hantaran paling mempesonakan di Liga Perdana 

We are part of The Trust Project What is it?

Kevin De Bruyne telah mempamerkan persembahan yang baik untuk pasukan Manchester City kendalian Pep Guardiola musim ini, mencipta peluang untuk rakan sepasukannya bak Xavi berpipi merah, dan berasal dari Belgium.

Sejak penampilan sulungnya pada September 2015, dia telah membekalkan hantaran untuk sejumlah 32 gol - lebih banyak daripada pemain lain dalam Liga Perdana. Sebagai penghormatan terhadap penglihatan luar biasa KDB, mari kira-turun hantaran terbaik dalam sejarah Liga Perdana, bermula dengan ...

10. Kevin De Bruyne for Raheem Sterling

Man City 2-1 Arsenal, 2016/17

Ya – pemain tengah Belgium ini sendiri. Kebanyakan karya De-Bruyne yang paling menarik adalah hantaran atau ciptaan peluang; pra-assist - seperti hantaran kepada Leroy Sane untuk membekalkan Raheem Sterling peluang jaringan dalam kemenangan 3-2 ketika menentang West Brom.

Dia mempunyai banyak ‘assist’, lebih-lebih lagi, seperti hantaran silang ini untuk membuka ruang buat Sterling ketika menentang Arsenal musim lalu. Menyerupai hantaran Xabi Alonso ketika di Liverpool, De Bruyne mengawal bola menggunakan dadanya dan melakukan hantaran segera dan sempurna untuk melebarkan kepada pemain sayap di seberang. Banyak lagi yang perlu Sterling lakukan, tetapi hantaran tersebut nyata membuatkan semuanya mungkin.

9. Steven Gerrard for Daniel Sturridge

Fulham 2-3 Liverpool, 2013/14

At 1:35

Kapten Liverpool ini memiliki detik berharga dalam perlawanan penuh hiburan di Craven Cottage. Liverpool ketinggalan di belakang selepas Kolo Toure menjaringkan gol sendiri, menolak masuk bola walau tidak mengalami sebarang tekanan dari lawan. Dia kemudian menjatuhkan pengadil, Phil Dowd apabila berlaku perlanggaran yang tidak disengajakan.

Gol penyamaan dari pelawat untuk menjadikan kedudukan 1-1 tiba ketika bola sampai ke kaki Gerrard yang berada di tengah padang. Dia bergegas untuk memainkannya dan – secara tidak seimbang - menghantar bola menggunakan bahagian luar kaki kanannya ke arah Daniel Sturridge, yang menewaskan perangkap offside Fulham untuk menyudahkan peluang.

8. Luis Suarez for Dirk Kuyt

Liverpool 3-1 Man United, 2011/12

Gol ini tidak hanya dihidangkan terus kepada Dirk Kuyt. Sebaliknya, ia telah dihiris, dikunyah dan diluahkan seperti seekor ibu burung yang sedang memberikan makanan kepada anaknya. Percayakan keupayaan Luis Suarez.

Kedudukan masih 0-0 dalam pertembungan tegang derby utara-barat apabila pemain Uruguay ini mendapat bola di dalam kawasan kotak penalti United. Dia kemudian pantas dikelilingi pemain-pemain pertahanan, tetapi dia bijak melepaskan diri sebelum menewaskan beberapa lagi halangan dan cuba menyudahkannya. Bola tersebut berakhir di atas garisan gol dan Kuyt menolak mudah masuk kemudian meraikan jaringan secara klasik dengan 'menunjukkan jari ke arah pembekal' yang lazim digunakan pada masa-masa begitu.

7. Olivier Giroud for Jack Wilshere

Arsenal 4-1 Norwich, 2013/14

Gol ini mungkin merupakan gol terbaik dalam sejarah Liga Perdana, dan Jack Wilshere akan mempertikaikan sesiapa sahaja yang mengatakan perkara sebaliknya. Terdapat sesuatu mengenai tiga sentuhan yang digunakan pada masa yang tepat ketika itu, dimana ianya telah membawa kepada penyudah voli mudah yang sukar untuk dipercayai. Ia hampir terlalu sempurna.

Mesut Ozil berasakan gol tersebut ibarat menonton gol di PlayStation, tetapi secara jujur, pastinya sukar untuk menggerakkan jari anda dengan pantas dan mencipta semula dalam permainan video. Sentuhan terakhir dari Giroud adalah yang terbaik: kuisan cantik, meninggalkan empat pertahanan Norwich yang bingung dan tidak berdaya.