Ranking! 10 perpindahan musim panas terbaik berdasarkan persembahan musim ini.

Daripada seorang ‘ahli silap mata’ Mesir kepada penyerang berbisa Arsenal, Alex Keble menyenaraikan beberapa nama yang terbukti perpindahan terbaik musim panas ini.

10. Harry Maguire, Leicester (£17m)

Leicester serba tidak kena musim ini apatah lagi, keadaan pastinya jauh lebih buruk tanpa kehadiran Maguire.

TRIVIA

  • Dua bantuan gol dari Maguire merupakan jumlah assist terbanyak dalam kalangan pemain pertahanan di Liga Perdana Inggeri

Setelah membuat kemunculan hebat dengan sebiji gol dan bantuan gol dalam dua perlawanan liga pertamanya, persembahan Maguire masih lagi diperhatikan walaupun Leicester sedang berada di zon penyingkiran, dan pemain berusia 26 tahun itu terus cemerlang dalam diam.

Kurang kepantasan di barisan belakang merupakan salah satu sebab utama mengapa Leicester bergelut musim lalu, dan Wes Morgan tentunya mendapat manfaat daripada rakan gandingan yang jauh lebih muda. 

Dengan Maguire turut membantu, Morgan boleh memainkan peranan libero yang lebih terhad.

9. Jack Cork, Burnley (£10m)

Sean Dyche menghamburkan pujian buat pemain tengah barunya selepas kemenangan 1-0 ke atas Newcastle baru-baru ini, memuji "Pengetahuannya dalam permainan dan pemahamannya tentang Liga Perdana".

TRIVIA

  • Cork telah melakukan larian di atas padang lebih banyak berbanding mana-mana pemain di dalam Liga Perdana musim ini

Ketenangan Cork dalam mengawal bola dan disiplin semasa bertahan telah lama menjadikannya salah satu pemain yang paling cemerlang dalam kalangan pemain ‘underdog’. 

Kekurangan perhatian dari media arus perdana sebahagian besarnya kerana dia sering bertindak cemerlang dalam posisi pemain tengah bertahan namun tidak melibatkan statistik terjahan dan pintasan bola.

Cork cemerlang dalam pengawalan bola, jarang melakukan hantaran salah dan secara amnya mengawal tempo permainan - seperti yang dilakukannya pada perlawanan lepas, merekodkan 51 hantaran dalam persembahan mantap di Turf Moor. 

Sehingga musim ini, Cork sedang berkembang baik dalam pasukan yang mampu memberikannya aksi penuh sebagai pemain utama.

8. Richarlison, Watford (£11.5m)

Beberapa kesilapan semasa menentang Stoke dan Chelsea baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa Richarlison masih mempunyai perjalanan yang jauh, tetapi pemain Brazil berusia 20 tahun itu mempunyai bakat dan keyakinan untuk menjadi pelapis penting kepada projek baru Marco Silva.

TRIVIA

  • 39% serangan Watford bermula daripada sebelah kiri musim ini (ketiga tertinggi di dalam liga), mencerminkan betapa kerap rakan sepasukan Richarlison memberinya bola.

Tiga jaringan gol dan dua bantuan gol dalam sembilan perlawanan liga adalah pulangan baik untuk seorang pemain muda di negara baru, walaupun terdapat tanda-tanda harapan tinggi yang diletakkan ke atasnya mungkin sedikit membebankan. 

Dalam perlawanan menentang Everton dan Stoke, ia jelas mendorong kepada gelecekan lemah dan penyudah tumpul daripada pemain muda ini.

Walau bagaimanapun, Richarlison nyata sangat berbakat dan memberikan ketepatan dan kelajuan yang tidak ada dalam skuad Watford.

7. Mario Lemina, Southampton (£18m)

Pemain seperti Lemina sangat sukar dicari. Sifat tenang tetapi tajam dalam melakukan hantaran dalam kawasan jentera tengah pasukan pasti diklasifikasikan sebagai satu-satunya titik sinar musim ini untuk Southampton.

TRIVIA

  • 91.1% ketepatan hantaran daripada Lemina, merupakan angka yang lebih tinggi berbanding mana-mana pemain di luar posisi bertahan dalam Liga Perdana Inggeris

Keras dalam melakukan terjahan dan pantas memintas bola, Lemina sememangnya sedang meningkat naik di St Mary.

Di usia 24 tahun, dia masih mempelajari gaya permainan di Liga Perdana Inggeris, dan bekas pemain tengah Juventus ini pasti akan menjadi lebih baik. 

Lemina mempunyai potensi tinggi dalam mempersiapkan dirinya menjadi pemain tengah terbaik negara ini menjelang akhir 2017/18.