Stories

Ranking: 15 produk akademi terbaik Manchester United sepanjang 25 tahun lalu

Dirombak oleh Fergie pada awal 90-an, akademi remaja Old Trafford telah menghasilkan pemain-pemain hebat untuk United - dan ada juga sudah bersama kelab lain. 

We are part of The Trust Project What is it?

15. RYAN SHAWCROSS

Shawcross menyertai United ketika dia berusia 15 tahun dan hanya membuat dua penampilan, dalam Piala Liga.

Dia telah dipinjamkan ke Stoke ketika di usia 19 tahun, sebelum akhirnya dijual kepada Potters pada tahun 2008. Sir Alex Ferguson memastikan kewujudan klausa dalam kontraknya yang akan membolehkan United terlebih dahulu memanfaatkannya pada masa mendatang - dan selepas Shawcross mendapat panggilan pertama England pada 2012, Ferguson mengakui bahawa mungkin ia adalah satu kesilapan, membiarkan pemain pertahanan tersebut meninggalkan United.

Shawcross dinamakan sebagai kapten Stoke ketika dia berusia 22 tahun dan masih lagi menyandangnya di sana sekarang, lapan tahun kemudian.

14. DANNY DRINKWATER

Lepasan akademi, Drinkwater tidak pernah memainkan perlawanan pasukan pertama untuk United.

Mana-mana pemain yang telah menghabiskan masa di United sejak tiga dekad lalu mungkin mempunyai beberapa pingat pemenang dalam kabinet. Apa yang membuatkan Drinkwater berbeza ialah dia berjaya memenangi gelaran liga luar dari Old Trafford, iaitu bersama Leicester, selepas bermain dalam 35 perlawanan Liga Perdana musim 2015/16.

Usahanya diiktiraf oleh Antonio Conte, yang menandatangani bekas pemain United ini untuk menyertai skuad juara liganya pada musim panas. Drinkwater tidak membuat sebarang penampilan untuk pasukan pertama United, tetapi sumbangannya di Leicester layak mendapat pengiktirafan.

13. DAVID HEALY

Tempoh Healy di United terlalu sekejap - tidak seperti kerjaya antarabangsanya

Healy menyertai United sebagai seorang remaja tetapi hanya membuat dua penampilan pasukan pertama buat kelab itu. Tahun-tahun terbaik kariernya dihabiskan di Preston North End dan di Leeds.

Kemasukannya dalam senarai ini bukanlah disebabkan prestasinya di kelab, sebaliknya, persembahan di peringkat antarabangsa. Dengan 36 gol dalam 95 penampilan untuk Ireland Utara, Healy adalah pencetak gol terbaik sepanjang zaman buat negaranya. Kyle Lafferty, berusia 30 tahun, adalah pemain paling dekat dengan rekodnya dengan 20 gol, jadi rekodnya akan kekal utuh untuk beberapa ketika.

Pages