Stories

Ranking! 30 penyerang terbaik dalam sejarah Liga Perdana

Dikala bola sepak Inggeris memasuki era baru, FourFourTwo menilai semula penyerang-penyerang terhebat Liga Perdana. Jaga-jaga penjaga gawang...

We are part of The Trust Project What is it?

30. EMMANUEL ADEBAYOR

STATISTIK

  • Perlawanan: 242
  • Gol: 97
  • Purata gol setiap perlawanan: 0.40
  • Piala: 0

"Saya tidak boleh menunggu perlawanan tamat. Saya lapar. Awak tahu restoran yang bagus di London? "

Tahap kebuluran Adebayor terhadap bola sepak sebenar semakin berkurang menjelang akhir kerjayanya – dimana muncul persoalan tentang makanan di pertengahan perlawanan, seperti kata pemain pertahanan, Brede Hangeland – tetapi ketika di tahap terbaik, dia sememangnya hebat.

Penyerang Togo ini menjaringkan 24 gol liga untuk Gunners pada 2007-08, turut menjadi pemain pertama untuk merekodkan hat-trik di laman sendiri dan lawan menentang pasukan sama dalam kempen yang sama, iaitu Derby.

Kemudian, dia berpindah ke Manchester City dan melakukan sambutan gol terkenal di hadapan peminat Arsenal. Emmanuel menjaringkan 14 gol pada musim pertamanya di Etihad, dan 17 dalam kempen debutnya untuk Spurs, tetapi prestasinya menurun, sekadar menjaringkan satu gol ketika di Crystal Palace.

29. OLE GUNNAR SOLSKJAER

STATISTIK

  • Perlawanan: 235
  • Gol: 91
  • Purata gol setiap perlawanan: 0.39
  • Piala: 6

"Saya tiba di Old Trafford dan pemandu pelancong menyangka saya sedang melakukan lawatan. Dia teruskan bercakap dan kemudian bertanya kepada saya, 'Jadi apa yang kamu lakukan di sini?' "

Solskjaer memaklumkan kepada pemandu pelancong bahawa, sebenarnya, dia tiba dari Norway untuk menandatangani kontrak bersama Manchester United.

Sebelas tahun kemudian, dia memahat namanya ke dalam sejarah kelab – bukan hanya kerana jaringan kemenangan dalam Final Liga Juara-Juara 1999, tetapi juga kerana memainkan peranan penting dalam merangkul enam piala Liga Perdana.

Digelar 'Baby-Faced Assassin', dia juga dianggap ‘super-sub’: satu pertiga daripada penampilan liga Ole bermula dari bangku simpanan, yang bermakna dia menjaringkan satu gol dalam setiap 150 minit.

Jaringan empat gol sebagai pemain ganti di Nottingham Forest pada tahun 1999 mungkin merupakan prestasi terbaik Liga Perdananya.

28. JERMAIN DEFOE

STATISTIK

  • Perlawanan: 483
  • Gol: 161
  • Purata gol setiap perlawanan: 0.30
  • Piala: 0

Penjaring gol yang konsisten, Jermain Defoe merekodkan jumlah gol dua angka dalam lapan musim Liga Perdana dan merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan lima gol dalam separuh masa perlawanan dalam kemenangan 9-1 Tottenham ke atas Wigan pada tahun 2009.

Musim ini, Defoe kembali bermain di kelab selatan, Bournemouth. Dia juga pernah mewakili Portsmouth, namun masih terdapat perdebatan tentang sumbangan keseluruhannya untuk kejayaan pasukan – dia menghadapi penyingkiran liga di West Ham dan Sunderland semasa tempoh kariernya.

Tetapi tiada siapa yang boleh meragui keupayaan penyudah Defoe: selepas membuat penampilan untuk Hammers di Middlesbrough 16 tahun lalu, dia kini berada di tempat ketujuh dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman dan memegang rekod untuk gol terbanyak sebagai pemain ganti – 23 – termasuk satu jaringan cantik ke atas Man City pada tahun 2013.

27. JURGEN KLINSMANN

STATISTIK

  • Perlawanan: 56
  • Gol: 29
  • Purata gol setiap perlawanan: 0.52
  • Piala: 0

Benar, lebih daripada 200 pemain telah menjaringkan gol di Liga Perdana Inggeris, namun tidak ramai yang memberikan impak sama seperti bekas pemain antarabangsa Jerman ini.

Salah seorang pemain asing pertama dalam era Liga Perdana yang dibawa masuk dari Monaco untuk Lilywhites pada 1994, Klinsi tidak disukai di England berikutan insiden Itali 90.

Tetapi dia mengubah pandangan semua dengan persoalan, "Ada atau tidak sekolah terjun di London?" sebelum menjaringkan gol tandukan pada debut dalam kemenangan 4-3 di Sheffield Wednesday dengan merebahkan badan di atas padang Owl sebagai sambutan.

Dia menjaringkan 21 gol dan dinobatkan sebagai Pemain Tahunan Pilihan Penulis musim itu, namun berhijrah selepas hanya satu kempen. Pengerusi, Alan Sugar dengan segera mengisytiharkan jersey Jurgen’s tidak layak untuk membasuh keretanya. Namun pemain Jerman ini kembali tiga musim kemudian secara pinjaman, membantu Tottenham mengelakkan penyingkiran.

26. LES FERDINAND

STATISTIK

  • Perlawanan: 351
  • Gol: 149
  • Purata gol setiap perlawanan: 0.42
  • Piala: 0

"Orang tidak fikirkan Les Ferdinand, sebagai bekas pemain antarabangsa England, tetapi Les Ferdinand, yang mengkucar-kacirkan taman Blue Peter."

Dia tidak – walaupun ada khabar angin yang bermula ketika dia membuat jenaka yang tidak senonoh mengenai insiden 1983 – dan tiada yang dapat menterjemahkan jumlah gol Liga Perdana yang lebih tinggi tanpa sebarang jaringan penalti.

Sir Les tidak memerlukan sebarang tendangan penalti: dia mencetak 101 gol dalam lima musim pertama Liga Perdana, menyertai Newcastle United dari Queens Park Rangers pada tahun 1995.

Musim yang kurang bernasib baik bersama Kevin Keegan merupakan yang paling hampir beliau memenangi liga, tetapi dia terus menemui rentak jaring di Spurs, West Ham dan Leicester – di mana dia menjaringkan 12 gol pada musim ulang tahun ke-37-nya – sebelum menyertai Bolton, berulang-alik ke Lancashire dengan menaiki helikopternya.

25. JIMMY FLOYD HASSELBAINK

STATISTIK

  • Perlawanan: 288
  • Gol: 127
  • Purata gol setiap perlawanan: 0.44
  • Piala: 0

"Di atas padang, dia selalu kelihatan jengkel dengan semua orang," kata rakan sepasukannya, Gianfranco Zola. Kemarahan yang mendorong record jaringan pemain Belanda ini

Hanya tiga pemain pernah menduduki tempat teratas carta penjaring Liga Perdana di lebih daripada satu pasukan – Robin van Persie, Alan Shearer dan Hasselbaink.

Nama sebenarnya Jerrel. Penyerang berbisa ini menjaringkan 18 gol bersama Leeds, berkongsi anugerah kasut emas dengan Michael Owen dan Dwight Yorke pada 1998-99.

Berikutan tempoh semusim dengan Atletico Madrid (di mana dia menjaringkan 24 gol dalam 34 perlawanan), dia menjaringkan 23 gol dalam 35 penampilan untuk Chelsea pada 2000-01, termasuk empat dalam kemenangan 6-1 menentang Coventry.

Memiliki kaki kanan roket, Jimmy membantu Blues bangkit untuk menduduki tempat kedua pada 2004 sebelum berhijrah ke Middlesbrough dan Charlton Athletic.

Pages