Stories

Ranking kit baru MSL 2018: Jersi manakah yang menjadi pilihan nombor 1 kami?

Bukanlah seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini, FFT telah melakukan yang terbaik untuk mengenakan topi pereka dan menilai jersi yang dipakai pasukan Liga Super Malaysia (MSL) tahun ini. Berikut adalah keputusannya, dalam urutan menurun...

We are part of The Trust Project What is it?

12. PKNP

Boleh dianggap pasukan kerdil berbanding satu lagi pasukan MSL yang berpangkalan di Ipoh, jersi mereka menceritakan kisah yang sama.

Selain jersi penjaga gawang yang berwarna merah jambu, tiga lagi jersi mereka kelihatan mempunyai reka bentuk yang sama dan hanya dibezakan dengan warna.

Kit pertama yang berwarna oren ini mempunyai garisan hitam di bahagian lengan dan kelihatan seolah-olah kelab itu sedang berkabung, disebabkan armband tersebut. Warna hitam digantikan dengan biru gelap pada jersi kedua.

 

11. TERENGGANU

Hitam dan putih adalah identiti mereka dan Terengganu telahpun mencuba sesuatu yang baru untuk lari dari apa yang kelihatan seperti seragam banduan tahun lepas, meskipun versi tahun ini kelihatan agak kosong.

Jalurnya kini lebih luas dan tidak terlalu banyak, namun kami merasakan jalur hitam tersebut mungkin boleh lebih dirampingkan sedikit. 

Jersi kedua mempunyai corak berwarna kelabu di bahu dan bahagian bawah lengan.

Sementara itu, skuad Penyu akan mengenakan jersi hitam penuh tatkala berkunjung ke tempat lawan.

Akhir sekali, Terengganu mempunyai logo baru, yang ringkas dan moden serta mempamerkan warna bendera negeri tersebut.

 

10. NEGERI SEMBILAN

Al-Ikhsan menaja tiga pasukan musim ini dan kesemuanya menggunakan warna yang hampir sama untuk kit home dan away. 

Jersi hijau dan kuning Kedah adalah satu-satunya yang memiliki perbezaan dari segi warna.

Reka bentuk pada baju adalah berbeza. Negeri dan Perak berkongsi reka bentuk kolar dan jalur lengan yang sama, namun menggunakan warna negeri masing-masing.

Negeri Sembilan mempunyai kesan corak pudar yang berbeza pada jalur mendatar untuk kedua-dua kit mereka.

Pages