Salah - laku pengadil: 9 insiden yang melampau

Dari kata-kata carutan, ke tumbukan, serta kegagalan gurauan: apa yang berlaku apabila pengadil mula naik berang? 

Setelah pengadil Rusia ini bertindak fizikal dengan seorang pemain sebelum melayangkan kadnya, FourFourTwo meneliti insiden yang melibatkan penyalahgunaan kuasa pengadil - atau sekurang-kurangnya ketika mereka dikesan. Lain sedikit ceritanya dalam kes Saad Al Fadhli, saksikan ...

PENGADIL KUWAIT BERTINDAK KAMIKAZE

Liga Perdana Kuwait menjadi saksi untuk adegan menendang semasa perlawanan antara Al-Nasr dan Al-Arabi pada tahun 2013.

Masalahnya timbul ketika pengadil Saad Al Fadhli memberikan sepakan penalti kepada Al-Arabi yang menyerang pasukan tuan rumah. Mereka segera mengelilingi pengadil utama dan menolaknya.

Menyesal kini tiada guna: Al Fadhli bertindak mengayunkan tumbukan, gaya Anthony Joshua mengenai muka pemain Al-Nasr, Abdulaziz Farraj. Selepas pergelutan, Farraj akhirnya membangunkan diri, hanya untuk menerima sepakan pula oleh pengadil yang sedang marah dan kemudiannya dilayangkan kad merah.

Al-Arabi segera menjaringkan penalti tersebut, tetapi Zabn al-Enazi dari Al-Nasr selepas itu membalas dendam dengan menendang bola ke arah pengadil, menyebabkan layangan kad merah terhadapnya dalam proses. Al Fadhli kemudian meninggalkan perlawanan, yang mana Al-Arabi secara rasminya menang 4-1.

CLAUS BO LARSEN VS PAOLO DI CANIO

Di Canio mendakwa pengadil itu "menggunakan perkataan kurang enak" terhadapnya semasa kekalahan West Ham dalam Piala UEFA menentang Steaua Bucharest pada 1999.

Saya tidak mengatakan 'bangun bajingan', saya berkata ‘bangun lah si**' - Claus Bo Larsen

Pemain Itali yang berang itu mendakwa pengadil Denmark, Claus Bo Larsen memanggilnya "bajingan" sebanyak dua kali dan memberitahu dia harus dikeluarkan sebelum dia betul-betul dibuang padang - Bos Hammers, Harry Redknapp segera bertindak kerana dia tahu serba-sedikit mengenai kesukaran mengawal warga asing.

Larsen menafikan bahawa dia telah menghina pemain itu: “Saya tidak mengatakan 'bangun bajingan', saya berkata ‘bangun lah si**'." Baiklah..

LUIS GODINHO: MIKE DEAN VERSI PORTUGIS

Dalam satu pertembungan Piala Liga Portugis pada Januari menentang Moreirense, Porto Danilo sudah mengutip kad kuning ketika pengadil, Luis Godinho (digelar Mike Dean Portugis oleh The Mirror) ber-jogging ke belakang terus ke arah pemain tengah itu.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata namun Godinho terasa seperti maruahnya sedikit tercalar, lantas memutuskan untuk mengambil tindakan dan melayangkan kad kuning kedua.

Selepas dibuang awal, Danilo berkongsi dalam media sosial mengenai penilaiannya: "Saya telah melihat dan memutar semula video tersebut lebih daripada seratus kali dan secara jujur, ​​saya tidak memahami kriteria keputusan yang dibuat oleh lelaki ini."

Untuk menambah duka Porto, Godinho kemudian mengusir pula Yacine Brahimi untuk kesalahan kedua selang enam minit kemudian, mengurangkan jumlah pelawat ke sembilan pemain. Tidak mengejutkan, mereka kalah 1-0.

Danilo: masih tertanya-tanya apa kesalahannya