Analysis

Sama tapi berbeza: Jersi pasukan-pasukan Liga Super Malaysia (MSL) dan rekaan jersi pasukan yang mirip dengan mereka.

Ketika ini, ia hampir mustahil untuk kelab bola sepak mengelak daripada mempunyai jersi dengan rekaan sama. FourFourTwo meninjau rekaan jersi pasukan-pasukan MSL, membandingkan mereka dengan pasukan luar negara yang mempunyai rekaan hampir sama.

We are part of The Trust Project What is it?

JOHOR DARUL TA'ZIM

Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai jersi tempat sendiri dan laman lawan yang pasti mengingatkan peminat bola sepak terhadap jersi Perancis dan England di saingan Euro 2016.

Jersi laman sendiri Harimau Selatan berwarna biru dengan lengan berwarna biru gelap, rekaan mirip yang dipakai Les Blues dua tahun lepas.

Jersi di tempat lawan pula menampilkan warna merah, merah gelap di lengan yang mempunyai persama dengan jersi England di saingan Eropah dua tahun lalu.

Namun, jersi ketiga JDT mempunyai persamaan lebih dekat dengan satu lagi pasukan – Bangkok Glass dari Thailand.

Foto: Bangkok Glass/JDT

KEDAH

Tidak banyak pasukan yang mempunyai rekaan seperti jersi Lang Merah yang menonjolkan warna merah di laman lawan.

Namun, rekaan di bahagian kolar akan mengingatkan kita kepada jersi utama kelab Ligue 1, Lille OSC.

Kelab Perancis itu juga mempunyai rekaan hampir sama pada bahagian atas jersi mereka untuk musim 2017/18.

Jersi Kedah mempunyai kolar bulat manakala jersi di laman sendiri Lille, mempunyai butang.

Namun Kedah pasti mahu mengelak nasib Lille, terutama bagaimana juara liga musim 2010/2011 itu kini bergelut di tangga pertengahan liga.

Foto: Kedah/Twitter

KELANTAN

Lotto menambah bayangan warna merah gelap di bahagian atas jersi utama yang turut menutup bahagian lengan.

Namun, selain daripada itu jersi Kelantan musim ini mirip kelab Bundesliga yang sedang bergelut, Mainz 05 yang turut ditaja jenama Itali itu.

Jersi utama kelab Jerman itu musim ini sebahagian besarnya adalah merah, lengan putih manakala Kelantan memilih serba merah ala Liverpool.

Foto: Twitter/Asiana.my

Pages