Sejarah jersi bola sepak Malaysia - dari adidas ke Nike moden

Tidak kira zaman kegemilangan pasukan Malaysia ataupun prestasi pasukan yang semakin merosot, jersi pasukan kebangsaan Malaysia adalah simbol kebanggaan kepada mereka yang dipilih untuk memakainya. Kami senaraikan beberapa jersi ini, dari kit Adidas pada awalnya kepada jersi Nike terbaru hari ini. 

Zaman 70-an

Inilah zaman kegemilangan bola sepak Malaysia. Dengan pasukan yang melibatkan lagenda Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari, kepada pemain-pemain seperti Soh Chin Aun dan Santokh Singh, pasukan Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, mendapat tempat ketiga di Sukan Asia 1974 dan layak untuk Piala Asia 1976 dan 1980.

Photo: Vulcan Post

Skuad legenda ini memakai jersi berwarna kuning Adidas dengan logo Adidas yang dicetak di sepanjang bahu. Rekaan yang sama juga digunakan untuk jersi away, tetapi dengan warna putih sebaliknya.

Zaman 80-an

Jersi home Adidas berwarna kuning pasukan Malaysia zaman ini diterbitkan berterusan di halaman sukan akhbar pada akhir tahun-tahun zaman kegemilangan pasukan. Yang menariknya, jersi Malaysia pada tahun 1983 dan 1984 ditampal dengan penaja semasa kejohanan Piala Merdeka - Lucky Strike dan Gold Flake masing-masing bagi kedua-dua tahun.

Photo: Ghairah Bola Malaysia

Ini mungkin satu kejutan, tetapi Kevin Keegan (ya, pemain legenda Liverpool) pernah bermain untuk Malaysia sebagai pengurus-pemain semasa kejohanan ini. Beliau telah dijemput oleh beberapa legenda Malaysia pada masa itu, termasuk Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari.

Jika anda tertanya-tanya, Keegan memakai nombor lima.

Tahun 1986

Tahun ini merupakan tahun istimewa buat jersi pasukan Malaysia. Ia adalah kali pertama Adidas menggunakan jalur hitam dan kuning untuk jersi home, tetapi juga satu-satunya masa pasukan Malaysia memakai jalur hijau untuk baju away, khususnya jalur hijau dan putih.

Photo: Switch Image Project

Jersi-jersi ini dipakai dalam kelayakan ASIAN Games 1986 yang tidak berjaya.

Zaman 90-an - Awal tahun 2000-an

Adidas terus membekalkan pasukan Malaysia dengan jersi sepanjang masa ini, dengan warna kuning yang dipadankan dengan reka bentuk warna hitam. Malaysia biasanya menggunakan warna putih sebagai kit away, tetapi terdapat beberapa tahun di mana pasukan Malaysia memakai biru untuk away.

Pasukan bola sepak Malaysia juga beralih daripada menggunakan bendera negara Malaysia kepada lambang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di atas jersi.

Tahun 2007-2008

Selamat tinggal Adidas, helo Nike. Jenama sukan gergasi Amerika menjadi penaja jersi pasukan Malaysia, dan untuk kemunculan pertamanya, Malaysia menggunakan jersi home berjalur hitam dan kuning. Jersi away biru tulen buat pertama kalinya digunakan oleh pasukan Malaysia (dengan warna sama digunakan sampai tahun 2015).

Photo: Soccerway.com

Penampilan pertama jersi ini ialah dalam Piala Suzuki AFF 2007, (satu-satunya kejohanan AFF yang tidak dimainkan pada tahun yang genap) di mana pasukan Malaysia berjaya ke separuh akhir, tetapi tewas kepada juara kejohanan, Singapura.

Malaysia juga layak untuk menyertai Piala Asia 2007, tetapi hanya mencapai tempat terakhir di dalam kumpulan mereka.

[UP NEXT: Jersi home kuning hitam bawa badi?]