Stories

Siapakah sandaran terbaik selaku penyerang masa depan Malaysia?

FourFourTwo meneliti lima penyerang berpotensi di bawah umur 21 tahun:

We are part of The Trust Project What is it?

1. Hadi Fayyadh Abdul Razak

Pemain berusia 17 tahun kelahiran Tanjung Malim ini adalah tonggak utama skuad Bawah-19 tahun kendalian Hodak kini.

Kelebihan Hadi adalah ketinggiannya sebagai seorang penyerang yang jarang dimiliki penyerang tempatan lain.

Selain kekuatan fizikal, Hadi turut mempunyai kemampuan menjaringkan gol, serta sentiasa bersikap positif

- Bojan Hodak

"Kita dapat lihat dalam saingan AFF dan kelayakan AFC Bawah-19 tahun bagaimana Hadi menggunakan kelebihan fizikalnya.

"Dia juga mampu memegang bola dengan baik, malah turut bersaing dengan pemain Korea Selatan yang mempunyai fizikal yang lebih besar," kata Hodak.

"Selain kekuatan fizikal, Hadi turut mempunyai kemampuan menjaringkan gol, serta sentiasa bersikap positif.

"Satu lagi kelebihan Hadi adalah dia bermain dalam banyak perlawanan ketika bersama akademi Frenz United (kini dibubarkan) dari usia yang muda," kata Hodak.

Foto: JDT

Hadi menjaringkan tiga gol dalam saingan AFF Bawah-18 tahun dan tiga lagi gol ketika saingan kelayakan AFC Bawah-19 tahun di Paju pada awal November lalu.

Jika kita lihat kepada fizikalnya dan kematangannya, kita boleh terlupa dia baru berusia 17 tahun

Jika dilihat kepada corak permainannya, tidak mustahil dalam masa beberapa tahun lagi skuad kebangsaan akan mempertaruhkan gandingan Hadi dan Jafri Firdaus Chew di bahagian serangan.

Hodak juga berasa Hadi wajar kekal bersama JDT II musim depan untuk terus meningkatkan lagi permainannya.

"Jika kita lihat kepada fizikalnya dan kematangannya, kita boleh terlupa dia baru berusia 17 tahun.

"Saya percaya dia akan dapat lebih banyak waktu bermain di JDT II, kerana dia turut berlatih bersama skuad utama dan masih boleh didaftarkan bersama skuad Piala Presiden JDT.

"Jadi saya yakin, dia akan dapat banyak waktu bermain dan mampu menjadi aset kelab JDT pada masa hadapan," kata Hodak yang juga bekas pengendali Harimau Selatan.

Pages