Stories

Skuad JDT pertama yang menjuarai Liga Super Malaysia – Di manakah mereka sekarang?

Pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah merangkul gelaran Juara Liga Super Malaysia selama empat musim berturut-turut selepas memenangi gelaran pertama pada 2014 namun sejak itu,  banyak rombakan yang telah dilakukan. FourFourTwo merungkai apa yang telah berlaku pada pasukan ini… 

We are part of The Trust Project What is it?

AL-HAFIZ HAMZAH

Pasukan Harimau Selatan kerap kali menggilirkan penjaga gol mereka namun sebaik hampir ke penghujung musim, Al-Hafiz merupakan pilhan Nombor 1 mereka. 

Dia turut disenarai dalam aksi akhir Piala Malaysia sewaktu tumpas kepada Pahang.

Dia tercicir di belakang pemain yang baru ditandatangani, Farizal Marlias pada 2015 dan diturunkan ke JDT II musim berikutnya.

Al-Hafiz kini beraksi bersama pasukan Liga Premier Malaysia (MPL), PDRM.

NORAZLAN RAZALI

Ditandatangani dari Selangor pada kempen 2014, penjaga gol ini gagal menepati sasaran dan bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama sebelum dia disingkirkan.

Norazlan kembali ke Selangor setahun selepas itu dan membuktikan dirinya selepas kejayaan bersama Gergasi Merah Kuning dengan merangkul Piala Malaysia pada 2015.

Dia yang kini berusia 31 tahun masih lagi bersama Selangor tetapi menjadi pilihan kedua di belakang Khairul Azhan Khalid.

ASRARUDDIN PUTRA OMAR

Produk Sekolah Sukan Bukit Jalil ini merupakan pilihan utama bagi posisi bek kiri JDT sebelum kemunculan Fazly Mazlan pada 2015 dan disebabkan kecederaannya yang lama, Fazly Mazlan mula mendapat tempat.

Asraruddin pulih daripada kecederaan pada 2016 namun bergelut untuk beraksi semula dan dilepaskan pada penghujung musim itu.

Dia dijangka menyertai Pulau Pinang namun semuanya tidak kesampaian. Dia juga dikatakan bakal kembali bersama Selangor namun P. Maniam tidak berminat dengan perpindahan itu.

Sehingga kini, Asraruddin masih tidak mempunyai kelab.

 

MARCOS ANTONIO

Bek tengah dari Brazil ini tiba pada musim perpindahan April untuk menggantikan Baihakki Khaizan, yang disifatkan tidak cukup bagus oleh Bojan Hodak, dan selepas itu, segalanya merupakan penciptaan sejarah.

Bekas pemain Bundesliga ini merupakan tulang belakang kepada kejayaan JDT sejak ketibaannya dari Nuremberg, memastikan tembok pertahanan empat di belakang menjadi cukup kental. 

Persembahan Antonio cukup mengagumkan semasa kempen tanpa kalah JDT pada musim Liga Super Malaysia 2016.

Dia masih lagi bersama kelab tersebut dan dijangka kembali ke dalam skuad 2018 selepas tempoh enam bulan rehat disebabkan kecederaan lutut.

Pages