Skuad Naib Juara Piala Tiger Malaysia 1996: Di manakah mereka sekarang?

Dua puluh satu tahun yang lalu, Malaysia berjaya melangkah masuk final Piala Tiger, di mana mereka tewas 1-0 kepada satu jaringan tunggal oleh pemain handalan Thailand, Kiatisuk Senamuang. Di sini, Vijhay Vick meneliti percaturan Wan Jamak Wan Hassan di era dulu...

Khairul Azman Mohamed

Hanya dua pemain lagenda berikut yang berjaya menewaskan Khairul semasa kejohanan. Pemain Singapura, Fandi Ahmad menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan kumpulan manakala pemain Thailand, Kiatisuk Senamuang menjaringkan satu gol di peringkat kumpulan dan sekali lagi di pentas final.

Nazri merupakan sebahagian daripada pasukan Sarawak yang menamatkan Piala FA 1996 di tempat kedua dan setahun kemudiannya, dia membantu pasukan untuk merangkul gelaran liga

Bekas pemain Pahang yang tinggi lampai dan berambut ekor kuda ini kekal dengan pasukan barunya, Sabah selepas Piala Tiger, namun akhirnya bersara dan mengambil peranan jurulatih bersama Rhino pada tahun 2005.

Khairul menyertai barisan kejurulatihan di Johor Darul Ta'zim (JDT) pada tahun 2013 dan masih menjadi jurulatih penjaga gol mereka walaupun terdapat beberapa perubahan dalam kerusi panas itu selama bertahun-tahun.

Nazri Yunus

Pemain yang beraksi di bahagian kiri ini berpindah ke Sarawak setahun sebelum Piala Tiger dan mempamerkan persembahan yang mantap bersama skuad Crocs, di mana pasukan tersebut berada di puncak permainan mereka dalam tempoh itu, membolehkan dia mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan.

Nazri merupakan sebahagian daripada pasukan Sarawak yang menamatkan Piala FA 1996 di tempat kedua dan setahun kemudiannya, dia membantu pasukan untuk merangkul gelaran liga.

Nazri memulakan empat perlawanan dalam saingan Piala Tiger dan memulakan sekali dari bangku simpanan. Dia kekal dalam skuad pada tahun berikutnya dan terus mewakili Malaysia ke Kejohanan Futsal Dunia FIFA 1997.

Dia kembali ke kampung halamannya di Johor Bahru, di mana dia dulu memulakan kerjaya bola sepaknya, dan merupakan pembantu jurulatih skuad bawah-19 tahun JDT.

Azmil Azali

Bekas pemain pertahanan Johor (sekarang JDT II) adalah contoh klasik bagaimana sesetengah orang tidak boleh berhenti bermain bola sepak begitu saja.

Zaman kegemilangannya adalah ketika dia menjadi pemain utama pasukan kebangsaan dan Johor pada 1990-an di mana ianya telah lama berlalu, tetapi Azmil masih aktif bermain bola sepak pada usia 43 tahun.

Azmil berpindah ke Pahang dan kemudiannya ke Melaka sebelum menamatkan kerjaya profesionalnya pada pertengahan 2000-an. Dia terus bermain di liga Johor - termasuk Bro FC yang baru ditubuhkan pada tahun 2010.

Azmil kini menjadi ahli skuad Classic United di Liga Kementerian Bola Sepak Singapura. Dia juga sering ditampilkan dalam perlawanan pertunjukan yang juga melibatkan pemain-pemain lama.

Zainal Abidin Hassan

Dinamakan pemain paling berharga kejohanan itu, Zainal pada waktu itu sudah berusia 35 tahun dan berada di akhir kerjayanya. Zainal kembali ke posisi pertahanan tengah selepas mengeksploitasi pertahanan lain ketika bermain di posisi penyerang pada tahun-tahun sebelumnya.

Bekas bintang Pahang dan Selangor itu menceburkan diri ke dalam bidang kejurulatihan, dan memperoleh jawatan pertamanya di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku jurulatih bawah 17-tahun sebelum menjadi penolong jurulatih kanan skuad senior.

Foto: Asiana.my

Dia kembali ke Pahang sebagai jurulatih pada 2004 dan memenangi Piala FA pada 2006. Dia kemudiannya berkhidmat di Pahang dalam pelbagai peranan sebelum kembali menjadi jurulatih pada 2014, kali ini memenangi Piala FA dan Piala Malaysia.

Zainal berpindah ke Selangor untuk musim 2016 tetapi dipecat pada Ogos akibat prestasi yang buruk. Pada musim ini, dia melatih Penang, yang telah tersingkir dari Liga Super Malaysia. Zainal juga memiliki restoran nasi ayam di Shah Alam.