Skuad pemenang pingat perak sukan SEA 2001: Di mana mereka sekarang?

Ketika Sukan SEA 2017 sedang berlangsung di tanah air, FourFourTwo melihat semula skuad yang pernah memenangi pingat perak, kali terakhir Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada kejohanan serantau pada 2001. Pasukan bawah-23 kendalian Allan Harris berjaya mara ke peringkat final, namun tewas 1-0 kepada Thailand. 

KAMARULZAMAN HASSAN

Berusia 22 tahun ketika itu, karier antarabangsa penjaga gol ini mula mengalami kejatuhan pada perlawanan final sukan SEA 2001, menepis hantaran Sarawut Treephan ke dalam gawangnya sendiri pada minit-minit akhir seterusnya menentukan keputusan perlawanan.

Kamarulzaman, yang dicicirkan dari pasukan kebangsaan awal tahun itu kerana didapati mengunjungi sebuah kelab disko, menghabiskan masa di Pulau Pinang sehingga tahun 2003 sebelum membuat berpindah ke Sarawak, Melaka dan Proton FC.

Pemain tinggi lampai kelahiran Pulau Pinang ini telah menjadi jurulatih sejak menggantung bootnya, bermula di KL SPA sehingga kelab pula dibubarkan pada 2015. Kamarulzaman kemudian menyertai pasukan liga FAM, AirAsia (sekarang PJ Rangers) pada 2016.

IRWAN FADZLI IDRUS

Irwan merupakan antara pemain muda yang diberikan peluang bermain dalam skuad utama, dimana dia kemudiannya terus mewakili pasukan kebangsaan Malaysia ke berbagai pertandingan.

Pemain pertahanan kiri itu juga sebahagian daripada skuad Harimau di Sukan Asia 2002, Piala Tiger 2002, kelayakan Olimpik 2004 dan Piala AFF 2007.

Photo: Sinar Harian

Dalam bola sepak peringkat kelab, Irwan memenangi trofi di Pahang, Negeri Sembilan dan ATM. Dia juga pernah merangkul gelaran pemain terbaik dalam saingan Piala Sultan Ahmad 2013 di antara pemenang Liga Premier Malaysia (MPL) 2012, ATM dan juara Liga Super Malaysia (MSL) 2012, Kelantan.

Irwan kembali ke Negeri Sembilan pada 2015 sebelum dibebaskan pada akhir musim. Dia kini berusia 35 tahun dan sedang mencari kelab sekembali pulih dari kecederaan. Dia menjalani ujian di PKNS pada bulan Mei namun tidak diberikan kontrak.

KAIRONNISAM SAHABUDIN

Pemain pertahanan tengah ini memastikan tempatnya selaku pemain antarabangsa Malaysia kekal untuk beberapa tahun, dan membuat 50 penampilan hingga 2008.

Dia adalah sebahagian daripada pasukan Perlis yang memenangi Piala Malaysia 2004 dan MSL 2003. Dia kemudiannya berpindah ke MPPJ, UPB-MyTeam dan Felda United sebelum bermain untuk Johor FC (sekarang Johor Darul Ta'zim) pada tahun 2012.

Dia kembali ke Felda pada 2013 tetapi sering tidak mendapat tempat, dilabel kurang semangat kesukanan dan gagal bermain dengan sepenuh kemampuan, meninggalkan kelab pada akhir musim itu.

Pages