Stories

Transformasi Nazmi Faiz : Harimau Selatan ubah ‘budak jahat’ kepada permata selatan

We are part of The Trust Project What is it?

Tendang pemain Pahang dan tidak bersalam

Di sebalik pelbagai kontroversi, Nazmi tetap berjaya menarik minat Johor Darul Takzim. Dia menyertai pasukan itu pada 2017 dan digilirkan di barisan tengah pasukan itu.

Ketika aksi suku akhir kedua Piala FA 2017, pemain ini mencuri tumpuan apabila menendang penyerang Pahang Matheus Alves namun tidak dikesan pengadil. Selepas penelitian oleh Jawatankuasa Pengadil FAM dia dikenakan denda RM3,000, digantung satu perlawanan dan diberi amaran keras.

Dalam perlawanan yang sama itu yang mana Pahang menyingkirkan JDT 4-3 secara agregat, Nazmi menunjukkan sikap kurang professional apabila tidak bersalam dengan dengan pemain lawan dan turut diberi amaran oleh FAM.

Transformasi dan Nazmi Faiz yang baru

Insiden menentang Pahang itu boleh dikatakan kali terakhir namanya menjadi tumpuan untuk sebab yang salah. Barisan kejurulatihan, pengurusan, rakan sepasukan, persekitaran yang professional dan positif serta perkahwinan telah berjaya untuk membentuk disiplin, karakter, atitud pemain ini.

Dikelilingi mereka yang bermentaliti juara berjaya memberikannya satu wajah baru. Dia cuba memenangi hati penyokong dengan elemen positif dan aksi meyakinkan di atas padang, lantas kini semakin mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dalam negara.

Tiada lagi Nazmi Faiz si ‘budak jahat’. Semoga perubahan ini kekal dan bukannya bersifat sementara. 

Foto Utama: JDT