Stories

Tujuh pemain berbangsa Cina yang terbaik di Malaysia sejak 2000

Malaysia pernah berbangga dengan kelibat beberapa pemain berbangsa Cina seperti Datuk Soh Chin Aun, mendiang Wong Choon Wah dan Lim Teong Kim di era 80an hingga 90an. Namun pemain berbangsa Cina kini semakin berkurangan malah, musim ini hanya terdapat dua pemain berbangsa Cina yang didaftarkan pasukan di dua liga utama Malaysia. FourFourTwo membariskan tujuh pemain berbangsa Cina terbaik (tidak termasuk pemain kacukan) sejak musim 2000....

We are part of The Trust Project What is it?

Wong Sai Kong

Pemain kelahiran Negeri Sembilan ini memulakan karier profesional dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada musim 1999.

Pemain tengah ini kemudian mengerah kudrat bersama Skuad Jang dari musim 2000 hingga 2001 di bawah kendalian Sheikh Zaki Sheikh Ahmad.

Bersama Negeri, dia beraksi di final Piala Malaysia pada musim 2000 namun, tewas 2-0 kepada Perak.

Dari musim 2002 hingga 2004, Wong bersama Sarawak dan kemudian Public Bank (kini sudah dibubarkan), Perak, Sabah sebelum kembali semula ke Sarawak pada 2010.

Pada musim 2004, Wong beberapa kali dipanggil pengendali kebangsaan ketika itu iaitu mendiang Bertalan Bisckei.

Wong yang kini berusia 40 tahun, hilang dari radar bola sepak tempatan selepas musim 2010 dan tidak dapat dipastikan sama ada dia sudah menceburi bidang kejurulatihan atau tidak.

Pages