Stories

Tujuh pemain berbangsa Cina yang terbaik di Malaysia sejak 2000

We are part of The Trust Project What is it?

Chan Wing Hoong

Seperti Chow, Chan juga datang dari keluarga bola sepak di mana bapanya, Chan Kok Foo adalah bekas pemain Perak dan kebangsaan pada era 70an.

Pada usia remaja dan awal karier, Chan pernah dipanggil skuad Piala Dunia Remaja 1997 dan Olimpik 2000 kendalian Hatem Souissi.

Namun, masalah kecederaan kerap membataskan peluangnya berada di senarai akhir pasukan.

Chan adalah pemain serba boleh, selesa beraksi sebagai pemain tengah san juga bek kanan pasukan.

Selepas tugasan bersama skuad Piala Dunia Remaja berakhir, Wing Hoong kembali ke negeri asalnya, Perak pada 1998.

Aksi cemerlang pada 1998 menyaksikannya dipanggil semula Hatem untuk menguatkan skuad Olimpik 2000.

Namun kecederaan sekali lagi membataskan kelibatnya beraksi di pusingan kelayakkan Olimpik 2000 pada 1999.

Dia kekal dengan Perak hingga 2005 sebelum ke MPPJ Selangor, kembali ke Perak, ke Perlis, ATM dan kembali ke Perak pada 2011 sebelum bersara pada 2012.

Chan kini adalah penolong jurulatih di PKNP FC dan turut pernah menjadi penolong jurulatih di Perak.

Foto: Utusan.my