Stories

Tujuh pemain berbangsa Cina yang terbaik di Malaysia sejak 2000

We are part of The Trust Project What is it?

Yong Kuong Yong

Pemain ketiga berasal dari Negeri Sembilan dalam senarai ini.

Namun, Yong memulakan kerjaya dengan Kuala Lumpur bermula dengan skuad Piala Presiden dari musim 2005 hingga 2008.

Difahamkan pemain berasal dari Port Dickson ini sanggup berulang alik dari Port Dickson ke Kuala Lumpur untuk latihan dan perlawanan ketika bersama skuad Piala Presiden.

Yong kemudian beraksi dengan skuad utama Kuala Lumpur hingga musim 2010 sebelum ke Felda United,Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan kembali ke Pulau Pinang musim lalu.

Permulaan karier menyaksikannya beraksi sebagai penyerang namun, Yong kini lebih kerap beraksi sebagai bek kanan.

Di peringkat antarabangsa, Yong berada dalam skuad B-23 Tahun kebangsaan yang meraih emas Sukan Sea 2011 di Jakarta dan pernah dipanggil beberapa kali untuk menguatkan skuad senior kebangsaan dari 2010-2016.

Yong yang kini berusia 30 tahun, adalah pemain Cina tempatan paling senior yang masih beraksi dalam saingan bola sepak tempatan.

Foto: Terengganu FA