Stories

Tujuh pemain berbangsa Cina yang terbaik di Malaysia sejak 2000

We are part of The Trust Project What is it?

Dominic Tan

Pemain kelahiran Singapura berusia 21 tahun ini adalah seorang pemain pertahanan berbakat besar.

Tan mendapat pendedahan dan asuhan awal dalam bola sepak di Sekolah Sukan Singapura dan turut mewakili Singapura dalam beberapa kejohanan seperti Piala Nike ketika berusia belasan tahun.

Ketika di Sekolah Sukan Singapura, Dominic seangkatan dengan pemain muda republik itu, Irfan Fandi yang juga anak lagenda Singapura, Fandi Ahmad.

Tan layak mewakili Malaysia kerana ibu bapanya berasal dari Pulau Pinang dan pemain tinggi lampai ini juga hanya mempunyai status Penduduk Tetap di Singapura ketika itu.

Dari 2014 hingga 2015, Tan membarisi skuad Harimau Muda C kendalian Hassan Sazali Waras.

Bersama barisan bawah 19 Tahun negara, dia beraksi di beberapa kejohanan seperti saingan kelayakkan AFC Bawah 19 Tahun dan saingan AFF Bawah 19 Tahun 2015.

Tan menyertai JDTII pada 2016 selepas program Harimau Muda dibubarkan FAM pada penghujung 2015.

Prestasi cemerlang menyaksikan Dominic dinaikkan ke skuad utama JDT dan kini, dipinjamkan ke kelab Divisyen Tiga Portugal, Vilaverdense selama setahun.

Dominic digugurkan daripada skuad B23 Tahun negara ke Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 namun, menjelmakan aksi terbaik bersama skuad negara di saingan AFC B23 awal tahun ini, yang menyaksikan kemaraan ke suku akhir.

Foto: JDT