Stories

Tujuh pemain berbangsa Cina yang terbaik di Malaysia sejak 2000

We are part of The Trust Project What is it?

Lim Chan Yew

Meskipun sudah 12 tahun bersara, Lim boleh dinobatkan sebagai pemain Cina tempatan terbaik dihasilkan sejak musim 2000.

FourFourTwo pernah memaparkan kisah pemain yang berasal dari Gombak ini yang hampir menjadi pemain tempatan pertama beraksi di England pada 2005 bersama Bournemouth yang ketika itu di Liga Dua England.

Bekas graduan Sekolah Sukan Negeri Selangor, Sekolah Menengah Seksyen 11 Shah Alam ini beraksi untuk Selangor, Negeri Sembilan, Public Bank dan akhir sekali MPPJ.

Lim turut membarisi skuad projek Piala Dunia Remaja 1997 dan Olimpik 2000 pada usia mudanya namun, kecederaan kerap membataskan kelibatnya di Piala Dunia Remaja 1997 di Kuala Lumpur serta kelayakkan Olimpik 2000 pada 1999.

Pada awal kariernya ketika beraksi untuk Selangor dalam saingan peringkat bawah umur remaja, Lim adalah seorang penyerang dan hanya ketika di Skuad Projek 97, dia mula beraksi sebagai pemain pertahanan tengah.

Masalah kecederaan turut menamatkab kariernya ketika berusia 28 tahun pada 2006, ketika dia bersama MPPJ.

Sejak bersara, Lim masih terbabit dengan bola sepak tetapi sebagai pengulas bersama rangkaian televisyen Media Prima and kini RTM.

Sejak 2018, Lim adalah juruanalis video bersama Felda United.