Stories

Tujuh pemain yang berkemungkinan menjadi penentu perlumbaan kejuaraan MSL 2018

Tujuh pemain yang berkemungkinan menjadi penentu perlumbaan kejuaraan MSL 2018. Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan tiga pasukan lain - Kedah, Perak dan Pahang dijangka menjadi antara pasukan pesaing untuk kejuaraan kempen Liga Super Malaysia 2018, yang bermula pada 3 Februari. FFT memilih tujuh individu yang berkemungkinan memainkan peranan penting untuk pasukan masing-masing ...

We are part of The Trust Project What is it?
 

JORGE PEREYRA DIAZ

Mesin pencetak gol Argentina ini kembali ke JDT dan bakal mewujudkan masalah untuk pertahanan di Malaysia. 

Menghalangnya adalah kunci untuk lawan tetapi ia akan menjadi cabaran yang sukar.

Diaz mempunyai dua tempoh khidmat bersama pemenang empat kali berturut-turut MSL dan rekod golnya tidak pernah berhenti mengalir. 

Dia telah menjaringkan lebih 50 gol untuk mereka - termasuk 18 gol untuk memenangi anugerah Kasut Emas MSL 2016 apabila kelab itu menghabiskan satu musim tanpa kalah.

Dia meninggalkan kelab ekoran perselisihab faham di antara kedua-dua pihak menjelang musim 2017 selepas insiden kecaman terhadap kelab itu di media sosial, tetapi semua itu sepertinya sudah dilupakan dan JDT akan menjadikannya titik fokus dalam mempertahankan gelaran juara mereka tahun ini.

MOHAMADOU SUMAREH

Kelajuan yang luar biasa adalah kualiti yang dimiliki pemain Gambia ini.

Sumareh mampu menewaskan lawan dengan mudah, dan ini adalah sesuatu yang diharapkan oleh Pahang pada musim lalu. 

Dia hanya menjaringkan enam gol dalam MSL tahun lepas tetapi larian Sumareh membuka luas pertahanan dan membenarkan rakan sepasukannya untuk mencetak gol.

Pemain-pemain seperti Sergio Unrein dan Chan Vathanaka boleh memanfaatkan daripada paparan energetik Sumaresh ini dengan cara sama Matheus Alves lakukan sebelum ini. 

Pemain Brazil itu menjaringkan 18 gol untuk menamatkan saingan di belakang pemenang Kasut Emas 2017, Mohammad Ghaddar, 23.

Sekiranya Sumareh terus mempamerkan aksi di peringkat tertinggi, ancaman serangan Pahang dapat meletakkan mereka di atas sana bersama yang terbaik.

LIRIDON KRASNIQI

Krasniqi adalah pemain yang melengkapkan kawasan tengah Kedah.

Mempunyai gerak kaki lincah, ditambah pula dengan set skil dan helah dengan bola - kadang-kala terlalu banyak digunakan - dan ketajaman mata untuk melakukan hantaran yang mengkucar-kacirkan pertahanan, pemain kelahiran Kosovo ini telah memenangi hati ramai dan disanjung tinggi di Alor Setar, ibukota negeri Kedah.

Krasniqi memenangi anugerah Pemain Paling Popular berdasarkan undian oleh peminat pada 2016 dan 2017. Dia juga dinamakan sebagai "Import Terbaik" musim lalu.

Dia telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Ligue 1 Perancis, Angers SCO tetapi perpindahan itu tidak menjadi kenyataan, dan Kedah harus lega kerana kemampuan cemerlang Krasniqi penting untuk permainan hantaran pendek mereka bagi kempen MSL tahun 2018.

Foto: Kedah