Analysis

Ubi Muda Malaysia Super League 2018

Saingan Liga Super Malaysia (MSL) 2018 kali ini bakal menyaksikan beberapa pemain muda yang akan memainkan peranan penting buat pasukan mereka. FourFourTwo memaparkan 10 pemain bawah umur 23 tahun terbaik yang dijangka menyinar musim ini...

We are part of The Trust Project What is it?

10. Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)

Bekas pemain skuad bawah 19 tahun Selangor ini mula mencuri perhatian selepas tampil sebagai tonggak benteng skuad B23 Tahun negara di Sukan Sea Kuala Lumpur tahun lalu.

Bersama skuad utama Kuala Lumpur sejak 2016, Irfan turut membantu skuad City Boys meraih kejuaraan Liga Perdana 2017 sekaligus, slot ke MSL musim ini.

Seorang pemain serba boleh, bersama Skuad B23 negara bermain sebagai pemain pertahanan kental namun bertindak sebagai pemain defensive midfield buat Kuala Lumpur.

Pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel berasa Irfan lebih sesuai di bahagian tengah.

Namun, selepas kerapuhan benteng ketika tewas 2-0 dalam aksi pembukaan MSL kepada Selangor, Maciel wajar mempertimbangkan Irfan sebagai pemain pertahanan.

9. Syazwan Andik (Kuala Lumpur)

Seorang lagi permata dalam skuad B23 negara yang cemerlang di Sukan Sea tahun lalu dan juga saingan AFC B23 Tahun di China baru-baru ini.

Selesa sebagai bek kiri, bek sayap atau sayap kiri, Syazwan seorang pemain yang memiliki stamina cukup tinggi di atas padang.

Selepas dua musim bersama Johor Darul Ta'zim (JDTII), pemain kelahiran Johor ini berhijrah ke Kuala Lumpur untuk musim 2018.

Jika menyinar bersama Kuala Lumpur di MSL musim ini, Syazwan mungkin mampu mencabar tempat dalam skuad senior kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.

Pages