Wira Permainan Video: 10 pemain yang memiliki reputasi tinggi dalam Football Manager tapi berbeza di dunia sebenar

Permainan video terus berkembang sehingga kini dan ianya boleh dianggap berjaya menyerupai kehidupan sebenar. Namun, ada juga sesetengah pemain yang secara realitinya tidak sama seperti persona mereka di alam maya. Di sini kami senaraikan 10 pemain Championship Manager (CM)/Football Manager (FM) yang terbukti sama sekali tidak melambangkan diri sebenar mereka...

MAKSHIM TSYHALKA

Nama Makshim Tsyhalka sangat asing di saat CM merupakan permainan baru yang hangat diperkatakan dalam dunia bola sepak.

Dia seorang pemain Belarus yang bermain untuk Dinamo Minsk dalam CM 01/02 dan mempunyai nilai sekitar £ 2 juta.

Namun, kedua-dua pengurus pasukan besar mahupun kecil menginginkannya kerana berpotensi untuk menjadi seperti Lionel Messi dengan sedikit penambah-baikan kepada permainannya.

Disebabkan teknologi terhad ketika itu, Gonalons menjaringkan lebih 100 gol dalam satu musim.

Realiti: Keadaan sangat berbeza kerana dia terpaksa meninggalkan kerjaya bola sepaknya di usia 26 tahun pada tahun 2009 disebabkan oleh beberapa siri kecederaan.

makshim_tsyhalka_fm.jpg

IBRAHIMA BAKAYOKO

Dia merupakan bintang muda CM 97/98 sekaligus membuatkan rating Dennis Bergkamp kelihatan kecil di mata semua. Jika anda pernah bermain di era itu pastinya anda mengenali nama Ibrahima Bakayoko.

Pemain penyerang berumur 20 tahun (dalam permainan video) dari Montpellier ini, mempunyai rating tinggi pada teknik, penyudah, kelajuan dan kekuatan. Dengan latihan yang betul, dia mampu menjadi penyerang yang hebat, seperti gabungan Thierry Henry dan Didier Drogba.

Realiti: Peminat kelab Everton mungkin mengingatinya ketika Toffees membelinya dengan harga £ 4.5 juta dari Montpellier. Adakah prestasi dan rating dari permainan video itu sendiri memainkan peranan dalam termeterainya urusan tersebut?

Dia memperoleh gelaran “Baka-joke-o” dari peminat selepas hanya membuat 23 penampilan di England dan menjaringkan cuma empat gol.

ibrahima_bakayoko_fm.jpg

MARK KERR

Pemain tengah Scotland ini mengakui bahawa kemasyhurannya dari CM 01/02 menghalangnya dari menjalani kehidupan normal. Dia sering dikerumuni peminat yang mahu mengambil gambar bersamanya.

Dalam permainan video, Kerr merupakan pemain tengah berusia 19 tahun yang bermain untuk kelab Falkirk dari Scotland. Kebolehannya adalah setanding dengan pemain era kini seperti Sergio Busquets.

Dia diberikan skor penuh, 20 dalam rating kerja berpasukan, membuat keputusan dan posesi. Kualiti lain seperti kadar kerja, kecergasan semula jadi dan tahap pecutan juga sangat tinggi.

Realiti: Dia mempunyai kerjaya bola sepak yang panjang walaupun tidak begitu cemerlang seperti dalam permainan alam maya. Dia pernah berada dalam skuad Dundee United yang bermain di final Piala Scotland pada 2004-05. Selepas bermain untuk beberapa kelab, Kerr kembali ke Falkirk pada musim ini di usia 35 tahun.

mark_kerr_fm_stats.jpg

Pages