Conte tidak pasti dengan masa depan Terry

Antonio Conte tidak pasti dengan masa hadapan John Terry di Chelsea dimana kontraknya akan tamat pada hujung musim ini.

Ketua jurulatih Chelsea, Antonio Conte tidak pasti akan masa hadapan John Terry di kelabnya.

Terry, 36 tahun, telah dibuang padang pada separuh masa kedua pada kemenangan 4-1 Chelsea ke atas Peterborough United dalam saingan FA Cup pada malam Ahad.

Ketua pasukan kelab tersebut, yang kontraknya akan tamat pada hujung musim telah beraksi hanya lapan kali dalam semua pertandingan.

Apabila ditanya tentang masa hadapan Terry, Conte berkata bahawa perkara itu perlu dibincangkan.

“Kini kita dalam bulan Januari. Pertama sekali, keputusan-keputusan ini perlu dibuat bersama kelab, bukan sendirian,” kata jurulatih itu.

“Saya gembira untuk John kerana beliau telah menunjukkan komitmen yang hebat apabila saya menurunkannya untuk beraksi dan juga apabila beliau tidak beraksi.

“Beliau banyak membantu saya dalam bilik persalinan. Beliau membuktikan dirinya sebagai sorang pemain yang hebat dan terutama sekali seorang individu yang baik.”

Berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, Chelsea bakal bertemu Leicester City pada Sabtu ini.