FIFA luluskan 48 pasukan Piala Dunia

Majlis mesyuarat FIFA telah mencapai persetujuan untuk mengembangkan Piala Dunia kepada format 48 pasukan dengan tiga kumpulan 16 pasukan pada pusingan akhir Piala Dunia 2026.

FIFA telah bersetuju sebulat suara untuk mengembangkan Piala Dunia kepada 48 pasukan bagi kejohanan pada tahun 2026.

Format baru itu yang akan melibatkan tiga kumpulan yang terdiri daripada 16 pasukan sebelum pusingan kalah mati 32 pasukan, telah dipersetujui sebulat suara oleh majlis mesyuarat FIFA di Zurich pada hari Selasa.

Presiden, Gianni Infatino telah membentangkan perancangan bagi perkembangan itu sebagai sebahagian daripada kempennya untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam organisasi bola sepak itu pada tahun lepas.

37 ahli majlis mesyuarat tersebut telah diminta untuk memilih satu dari lima cadangan: dua daripadanya melibatkan cadangan 48 pasukan, dua lagi adalah kejohanan melibatkan 40 pasukan dan juga format 32 pasukan.

Cadangan Infantino telah mendapat sokongan daripada beberapa pegawai, termasuk presiden Persatuan Bolasepak Nigeria, Amaju Pinnick, yang berkata bahwa "hampir keseluruhan Afrika gembira dengan cadangan ini".

Juara Piala Dunia, Diego Maradona dan Carles Puyol juga bersetuju dengan format 48 pasukan, bergitu juga pengurus Manchester United, Jose Mourinho, yang percaya bahawa ia dapat memberi perlindungan yang lebih baik kepada pemain.

Presiden DFB, Reinhard Grindel telah menyatakan kembimbangannya terhadap cadangan itu, sementara Persatuan Kelab Eropah yang berpengaruh, telah membantah perubahan itu.

"Bagi kepentingan penyokong dan pemain, kami menggesa FIFA untuk tidak menambah jumlah peserta Piala Dunia," kata pengerusi Persatuan Kelab Eropah, Karl-Heinz Rummenigge. "Politik dan keewangan tidak sepatutnya jadi perkara utama dalam bolasepak."

Ketua Persatuan Bolasepak England, Martin Glenn juga menyatakan sebelum undian bahawa beliau lebih memilih untuk format sedia ada dikekalkan.

Perubahan format ini akan menyebabkan 48 pasukan dibahagi kepada tiga kumpulan 16 pasukan, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke pusingan round-of-32 kalah mati.