Ronaldo tidak berminat untuk menjadi jurulatih

Cristiano Ronaldo telah memenangi hampir kesemua anugerah dan kejuaraan sebagai seorang pemain tetapi beliau tidak berminat untuk terus berjaya sebagai seorang jurulatih.

Cristiano Ronaldo memberitahu bahawa beliau tidak dapat membayangkan dirinya sebagai seorang jurulatih pada satu hari nanti selepas menamatkan karier cemerlangnya sebagai seorang pemain.

Ronaldo baru-baru ini telah melalui tahun yang hebat dimana beliau telah menjuarai Champions League dengan Real Madrid dan mengetuai pasukan Portugal yang menjuarai Euro 2016, dengan memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali keempat dan menerima kehormatan anugerah Pemain Terbaik FIFA.

Jarang sekali karier yang hebat sebagai pemain dapat diulangi sebagai jurulatih dalam bola sepak.

Dan walaupun peranannya disamping jurulatih Portugal, Fernando Santos semasa perlawanan akhir Euro 2016 mendapat perhatian ramai, Ronaldo mengatakan bahawa tiada kemungkinan beliau akan cuba untuk melibatkan diri dalam kejurulatihan.

"Sangat sukar...tetapi siapa tahu apa yang akan terjadi," kata Ronaldo kepada laman web FIFA.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan tetapi buat masa ini saya tidak dapat melihat diri saya sebagai seorang jurulatih."

Ronaldo kekal sebagai salah seorang pemain terhebat di dunia pada usia 31 tahun dan beliau mendedahkan sebabnya mampu mengekalkan prestasi dalam jangka masa yang panjang.

"Tiada rahsia istimewa. Hanya perlu berusaha dan bekerja keras," katanya.

"Saya bermain bersama pasukan [Madrid] yang memberi saya peluang untuk bersaing mendapatkan piala-piala ini.

"Bersama Portugal juga, saya rasa ia merupakan kejohanan Euro yang sangat hebat.

"Sekali lagi saya katakan, ia satu tahun yang disaluti mimpi-mimpi indah - persembahan sebagai pasukan, aksi individu, persembahan kelab dan juga pasukan kebangsaan."