TERKINI: Jurulatih Thailand, Kiatisak letak jawatan

Persatuan Bolasepak Thailand telah menerima perletakan jawatan ketua jurulatih, Kiatisak Senamuang selepas kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Thailand tamat selepas prestasi mengecewakan.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Kiatisak Senamuang telah meninggalkan pasukan selepas kempen Kelayakan Piala Dunia yang mengecewakan. 

Bekas penyerang Thailand itu telah membimbing pasukan mencapai beberapa kejayaan: memenangi pingat Emma's Sukan SEA 2012, menjuarai Piala AFF Suzuki dua kali pada 2014 dan 2016 dan menempah tempat dalam 12 terakhir Zon Asia bagi peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 - kali kedua dalam sejarah. 

Walaubagaimanapun pasukan Thailand telah hanya mengutip satu mata dalam tujuh perlawanan. 

Selepas tewas 0-4 kepada Jepun, Kiatisak yang juga dikenali sebagai Zico, mengakui ia terpulang kepada persatuan untuk menentukan nasibnya atau nasib para pemain.