'Tiada apa yang berubah' - Klopp nafi Coutinho akan dijual

Tiada apa yang berubah bagi Jurgen Klopp tentang Philippe Coutinho, dengan pengurus Liverpool itu menafikan bahawa Coutingo akan berpindah ke Barcelona.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menidakkan laporan tentang keinginan Barcelona untuk mendapatkan Philippe Coutinho, menegaskan beliau tiada perancangan untuk menjual pemain bintang itu.

Pemain dari Brazil itu bakal kembali beraksi selepas mengalami kecederaan lutut apabila pasukannya bertemu Southampton dalam perlawanan separuh akhir Piala EFL.

Prestasi hebat Coutinho telah menyebabkannya dikaitkan dengan perpindahan ke Barca, tetapi Klopp mengatakan bahawa pemain itu akan kekal di Anfield.

"Kami tidak pernah mempunyai idea atau perancangan atau perbincangan tentang perpindahannya, kerana dia adalah pemain kami," katanya kepada akhbar di UK.

"Tiada apa yang perlu dibincangkan, tiada apa yang berubah."

Coutinho melalui musim yang baik sebelum kecederaannya, menyumbangkan lima gol dan mencipta lima gol juga dalam 13 perlawanan liga.

Klopp mengatakan bahawa tidak mungkin pasukan seperti Barca akan berhenti cuba untuk mendapatkan Coutinho hanya kerana sedikit masalah kecederaan.

"Sudah tentu saya gembira jika kelab-kelab besar berfikir seperti ini dan lupakan tentang pemain terus kerana dia telah cedera selama lima atau enam minggu," katanya.

"Kelab-kelab besar tidak berfikir seperti ini, malangnya. Ia bukan satu kecederaan yang serius jadi pastinya tiada persoalan tentang kemampuannya untuk kembali beraksi seperti biasa."

Selepas bertemu Southampton, Liverpool akan ke Old Trafford untuk saingan liga pada hari Ahad.