"Berpuasa boleh menjadikan anda pemain yang lebih baik"

Nathan Ellington, bekas penyerang Crewe Alexandra dan seorang Muslim yang taat, memberitahu FFT bagaimana dia menyediakan dirinya semasa bulan Ramadan - dan bagaimana menahan diri daripada makan boleh memanfaatkan permainannya.

Sebagai salah satu rukun Islam, puasa di bulan Ramadan, merupakan kewajipan buat semua umat Islam setiap tahun. Apakah maksudnya?Saya menahan diri daripada mengambil sebarang makanan atau minuman dari sebelum terbit fajar sehingga matahari terbenam

Adakah ini sukar untuk anda sebagai seorang pemain bola sepak?
Secara jujur, tidaklah begitu sukar. Terdapat banyak salah faham di luar sana. Orang beranggapan umat Islam berpuasa untuk menyeksa diri mereka sendiri - sebagai tanda pengabdian kepada kepercayaan kita - tetapi ini sama sekali tidak benar. Kami melakukannya untuk meninggalkan tabiat buruk dan menjadi Muslim yang lebih baik.

More after the break

Bagaimanakah dengan reaksi rakan sepasukan anda?

Mereka berasakan perkara ini adalah perbuatan yang paling sukar untuk seseorang lakukan - mereka sering bertanya bagaimana saya melakukannya - tetapi bagi saya, ia bukan satu masalah besar. Di kelab manapun saya bermain, pasti pemain lain akan menanyakan soalan, tetapi saya gembira untuk menjawab kesemua soalan mereka.

Bagaimana anda mengatasi tuntutan fizikal perlawanan dan beraksi dalam keadaan perut kosong?
Semuanya terpulang pada penyediaan yang betul. Orang Islam hanya berpuasa pada waktu siang jadi saya perlu mendapatkan nutrien yang tepat untuk kegunaan badan sebelum berlangsungnya solat yang pertama. Ini dipanggil sahur [sarapan awal pagipra-subuh]. Saya mengamalkan rutin biasa dan memastikan saya mengikuti setiap satu pelan.

Apa yang anda makan tatkala tidak berpuasa?
Pada waktu pagi, saya makan dua keping roti bakar dan kopi bebas kafein, atau bijirin sebelum memulakan latihan. Kemudian saya memastikan diri untuk minum sebotol air dalam perjalanan ke tempat kerja. Selepas latihan, saya akan makan pasta dengan ikan atau sandwich dengan beberapa buah-buahan dan minuman kordial. Untuk makan malam, isteri dan saya kebiasaanya makan sesuatu yang berasaskan karbohidrat - biasanya nasi atau pasta dengan sama ada ikan, ayam, daging lembu atau kambing. Tetapi saya selalu tewas dengan godaan snek yang mana saya menikmati kerepek dan gula-gula yang pada siang hari. Pada sebelah malam, saya gemarkan biskut bersama dengan minuman panas - tetapi kebelakangan ini saya cuba untuk tidak menghabiskan keseluruhan pek seperti yang saya lakukan ketika di usia muda!

Bagaimanakah dengan keadaan tubuh badan anda apabila tabiat pemakanan normal diberhentikan seketika untuk Ramadan?
Ianya boleh menjadi satu cabaran di awal permulaan tetapi badan kita berupaya menyesuaikan diri. Anda perlu memastikan badan anda terhidrat sepenuhnya - itulah kunci. Bila anda tidak mendapatkan air yang secukupnya ketika mempunyai peluang, maka sukar untuk anda meneruskan perjuangan. Saya berasa kuat sepanjang bulan Ramadan. Saya tidak pernah berasa seperti saya akan pengsan.

Adakah anda percaya terdapat beberapa faedah berpuasa?
Anda kehilangan sedikit berat badan dan menjadi ramping secara sihat, walaupun semua itu akan kembali ke sediakala sebaik sahaja anda berhenti berpuasa. Puasa juga mengajar anda untuk mengawal diri dan menahan perut daripada lapar dan dahaga. Perkara ini sangat membantu ketika pra-musim dan tatkala anda cuba untuk mendapatkan kembali rentak

 

Dua makanan, banyak buah-buahan dan lapan liter air

'The Duke' mempunyai pelan makan yang meletihkan ketika berpuasa - kita tidak menyarankan anda cuba ini di rumah

Makanan!

"Apabila matahari terbenam [Maghrib] Saya akan berbuka puasa dengan kurma dan susu atau air. Kemudian, saya akan menjamah hidangan utama sama ada di rumah atau di masjid. Kebiasaannya, nasi dan kambing, tetapi boleh juga digantikan dengan ayam, daging lembu atau kambing bersama nasi atau pasta. Saya juga akan cuba untuk mendapatkan santapan buah-buahan harian saya pada waktu petang. Agak melucukan kerana pada siang hari, saya rasa seperti saya boleh makan seekor kuda, tetapi hakikatnya, apabila saya akhirnya dapat makan, saya akan berasa kenyang selepas hanya menghabiskan setengah pinggan. " Makan tengah malam "Solat pertama harian adalah pada waktu subuh, jadi sebelum matahari terbit: biasanya pada pukul 4 pagi, saya akan bangun pada pukul 3 pagi dan makan semangkuk bubur dan pisang potong. Ini adalah sumber karbohidrat penting yang akan membekalkan saya dengan tenaga berpanjangan untuk penggunaan semasa latihan mahupun hari perlawanan. " Glug, glug, glug "Selepas dua hidangan, saya akan minum 3-4 liter air [FFT menyarankan anda membahagikan ini kepada tempoh lapan jam]. Saya biasanya minum sebotol air dua liter yang pertama seperti ianya satu tin coke. Ini boleh membantu anda berasa kenyang. Jika anda mengalami dehidrasi, persembahan dan prestasi anda mungkin terkesan. Badan anda akan lebih cepat penat dan menjejaskan tumpuan anda. "

Makan tengah malam

"Solat pertama harian adalah pada waktu subuh, jadi sebelum matahari terbit: biasanya pada pukul 4 pagi, saya akan bangun pada pukul 3 pagi dan makan semangkuk bubur dan pisang potong. Ini adalah sumber karbohidrat penting yang akan membekalkan saya dengan tenaga berpanjangan untuk penggunaan semasa latihan mahupun hari perlawanan. "

Glug, glug, glug

"Selepas dua hidangan, saya akan minum 3-4 liter air [FFT menyarankan anda membahagikan ini kepada tempoh lapan jam]. Saya biasanya minum sebotol air dua liter yang pertama seperti ianya satu tin coke. Ini boleh membantu anda berasa kenyang. Jika anda mengalami dehidrasi, persembahan dan prestasi anda mungkin terkesan. Badan anda akan lebih cepat penat dan menjejaskan tumpuan anda. "

Promo sitewide